Kepong, 24 Dis 2023 - Tahniah diucapkan kepada peserta KLAS RENANG yang telah tamat pada minggu ini. Kesemua peserta telah menghabiskan modul yang disediakan dalam masa 4 minggu.
Sijil disampaikan oleh Encik Daniel bin Mohamad Sha'ari, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/ Segambut. Peserta KLAS RENANG menerima Sijil Penyertaan, Minuman MiLO, dan pakaian renang.
Kepong, 17 Dis. 2023 - Kelas Latihan Asas (KLAS) Renang Segambut diteruskan lagi minggu ini dengan modul pertengahan setelah peserta yakin untuk berada di dalam air.
Ibu bapa yang hadir menyaksikan sesi hari ini berpuas hati dengan pencapaian anak-anak. Setiap sesi diperuntukkan selama 60 minit setiap sabtu dan ahad bermula jam 8.45 pagi hingga sesi terakhir jam 12.45 tengahari.
Segambut, 15 Dis. 2023 - Encik Halman bin Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong/ Segambut merangkap Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan tapak bagi melihat kerja-kerja terkini untuk projek naik taraf gelanggang/ Padang di Jalan Kasawari dan Taman Kok Doh.
Lawatan disertai oleh Encik Daniel bin Mohd Shaari dan Cik Nazra Hanim Ismail dari PBSK Keping/ Segambut.
Hasil dari lawatan, Pegawai Pembangunan akan membincang dan merujuk kepada Urus Setia Pembangunan bagi mendapatkan status terkini projek.
10 Disember 2023 - YB Menteri KKM dan Ahli Parlimen Seputeh turut bersenamrobik di Majlis Penutup Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Kawasan Seputeh.
Tahniah dan Syabas buat para peserta PPR Muhibbah diatas kejayaan mengikuti kesemua siri program yang telah dijalankan setiap hari sabtu dan ahad selama 20 sesi bermula bulan Oktober 2023.
Program ini berjaya mendapat sambutan dan kerjasama yang amat menggalakan dari Persatuan Penduduk dan warga PPR Muhibbah.
Penyertaan dari pelbagai bangsa, warga emas, kanak- kanak dan juga penyertaan khas dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) membuktikan program ini bukan sahaja membawa semangat kesukanan malah telah menyemai cintakan perpaduan dikalangan penduduk.
Berteraskan pembudayaan aktivti sukan fizikal bersenamrobik sebagai amalan gaya hidup sihat dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan lebih baik dan dinamik.
Majlis penutup program telah dikunjungi oleh Mantan Menteri Kesihatan Malaysia YB Dr. Zaliha Mustafa yang kini bertukar portfolio memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah serta ditemani Ahli Parlimen Seputeh YB Teresa Kok dan turut meluangkan masa bersenamrobik bersama penduduk sewaktu lawatan kerja mereka di PPR Muhibbah tempoh hari.
Hasil temubual bersama Encik Atar Bacha bin Hj Haja selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 1 PPR Muhibbah, mereka berterima kasih kepada KBS dan mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan lagi akan datang.
Menurut wakil peserta Puan Siti Rohani Ab.Ghani, beliau sangat teruja mengikuti aktiviti kesihatan setiap minggu begini dan berhajat mengikuti program kecergasan anjuran KBS pada masa hadapan. Semoga aktiviti kecergasan ini berterusan dan dijadikan amalan penjagaaan kesihatan di kalangan warga PPR Muhibbah.
Ucapan penghargaan dirakam terhadap rakan strategik Persatuan Kecergasan dan Sukan Bina Badan Felda Malaysia FALAQ 88, Persatuan Penduduk Fasa 1 PPR Muhibbah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Pejabat Kecil PPR Muhibbah diatas kerjasama yang diberikan dalam pelaksanaan program ini di peringkat Kawasan Seputeh.
Wangsa Maju, 10 Disember 2023 - Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS): Renang kembali lagi yang kini memasuki Siri 5 Fasa 2 peringkat kawasan Wangsa Maju. Program telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad di Kondominium PV21, Setapak.
Untuk sesi kali ini telah menyaksikan penyertaan seramai 40 peserta yang berumur 6 tahun hingga 12 tahun dari sekitar kawasan Wangsa Maju .
Matlamat utama program ini adalah untuk menigkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat.
Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Pegawai PBSK Batu/Wangsa Maju menyampaikan taklimat ringkas sebelum memulakan sesi. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta muda yang bersemangat , dapat mengatasi ketakutan dalam air dan berharap agar mereka terus berkembang sehingga mahir dalam sukan renang. Beliau juga menekankan pentingnya melibatkan diri dalam aktiviti sukan sebagai satu cara untuk memupuk gaya hidup sihat.
Walaupun muda, mereka telah menunjukkan kesungguhan serta keyakinan yang tinggi dan selesa berada di dalam air, memberikan inspirasi kepada semua yang hadir. Program ini diharapkan menjadi permulaan yang baik kepada komuniti dalam menitik beratkan aktiviti sukan, kecergasan dan fizikal serta mengamalkan gaya hidup aktif, di samping dapat mengukuhkan perpaduan dalam komuniti.
Wangsa Maju, 9 Disember 2023 - Seramai 40 peserta Segambut Kelas Renang (KLAS) Siri 3 Fasa 2 telah menamatkan sesi latihan pada Sabtu lepas. Peserta telah menerima sijil penyertaan dari wakil pihak Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu/Wangsa Maju iaitu Encik Muhammad Rery Martinaz bin Muhammad Ali.
Kesemua peserta dan ibu bapa gembira dengan pencapaian anak mereka dan berharap agar sesi latihan renang seperti ini dapat diteruskan atau disambung ke peringkat seterusnya pada masa akan datang. Semoga kemahiran yang diajar akan diguna pakai dan dimanfaatkan sepenuhnya.
10 Disember 2023, RNJ Kuchai Lama - Program KLAS Renang Fasa 2 Siri 4 Kawasan Seputeh 2023 telah berlangsung di RNJ Kuchai Lama dengan penglibatan seramai 40 orang peserta yang menetap di sekitar Kawasan Seputeh.
Siri 4 ini merupakan siri terakhir untuk tahun ini dan bagi siri 4 ini akan berakhir pada 17 Disember 2023.
Pelbagai pendapat telah diberikan oleh setiap ibubapa yang datang ketika menghantar anak ke Klas Renang ini dimana mereka berharap program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.
PBSK Seputeh berharap agar setiap ilmu yang telah diberi oleh jurulatih-jurulatih bertauliah ini dapat digunapakai sebaik yang mungkin oleh setiap.peserta yang telah mengikuti program ini.
10 Dis 2023, PPR Kg Muhibbah - Tamatlah sudah 20 sesi Program Senamrobik Sempena Msia Aktif @ Komuniti Peringkat Kawasan Seputeh 2023 yang diadakan di PPR Kg Muhibbah bermula 14 Oktober 2023 dan berakhir 10 Disember 2023.
Program dengan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh, Persatuan Penduduk PPR Kg.Muhibbah, Pejabat Kecil PPR Kg Muhibbah dan Persatuan Kecergasan dan Sukan Bina Badan Felda Malaysia telah mendapat sokongan yang padu dari penduduk sekitar untuk terlibat dalam aktiviti senamrobik setiap minggu.
Pn.Intan Saruza binti Sabar, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah menyampaikan cenderahati kepada peserta yang telah mengikuti aktiviti ini dan ia sebagai penghargaan dan simbolik penutup Program Senamrobik Malaysia Aktif @ Komuniti.
YB Menteri KKM dan YB Parlimen Seputeh turut meluangkan masa bersenamrobik semasa lawatan kerja di ppr muhibbah.
Hasil temu bual bersama beberapa peserta program ini, mereka berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan..