18 November 2023 -Bahagian Pembangunan Belia, JBSWPKL telah selesai menganjurkan Program Rakan Niaga: MyPRENEUR Siri 2 2023 bertempat di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur. Peserta terdiri dari kalangan usahawan dan bakal usahawan dari sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Program ini dijalankan bagi melatih dan membantu belia untuk mengembangkan potensi dan empayar perniagaan seterusnya meningkatkan hasil jualan mereka. Encik Mohammad Hadi bin Mohd Salleh, penceramah bagi program ini menerima maklum balas yang baik dari kalangan peserta rentetan kejayaannya dalam menyampaikan ilmu berkaitan dengan Canva ini.
Penutupan program ini menjadi lebih berkesan dengan kehadiran En Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah Belia, JBSWPKL, yang memberikan sentuhan inspiratif. Para peserta sangat mengharapkan peningkatan lebih lanjut dalam program yang sama dan menitikberatkan pengembangan soft skill dalam konteks keusahawanan.
Program ini bukan hanya menyuntik semangat baru dalam keusahawanan, tetapi juga merangsang minat peserta untuk memperkukuh soft skill mereka. Harapan mereka adalah mengadakan lebih banyak program yang dapat membantu meningkatkan kecekapan dalam mengurus bisnes dengan lebih cemerlang di masa depan.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 76