01 Oktober 2023 ,PPR Kg. Muhibbah - Oktober datang lagi... Oktober kita akan menyambut Hari Sukan Negara(HSN)..PBSK Seputeh dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Kg. Muhibbah, Pejabat Kecil PPR Kg. Muhibbah serta Persatuan Kecergasan dan Sukan Bina Badan Felda Malaysia telah meneruskan sesi ke2 senamrobik/zumba sempena Msia Aktif @ Community Kawasan Seputeh di Dataran PPR Kg. Muhibbah.
Penglibatan penduduk pada kali ini lebih memberansangkan dan menarik minat pelbagai kaum serta had umur untuk turun padang. Puan Rogayah bt Abu Bakar, salah seorang kakitangan di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh turut hadir bersama melakukan aktiviti zumba bersama penduduk PPR Kg. Muhibbah.
Semoga pada sesi yang akan datang akan lebih ramai lagi penduduk di PPR Kg Muhibbah untuk turun bersama melakukan aktiviti.senamrobik kerana ia dapat menyihatkan tubuh badan.
KUNJUNGAN HORMAT PBSK BATU/WANGSA MAJU KE PUSAT KHIDMAT PARLIMEN WANGSA MAJU
Taman Danau Kota, 13 September 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Batu/Wangsa Maju (PBSK) yang dipimpin oleh Cik Magdelene Anak Manjah telah membuat kunjungan hormat ke Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju (PKPWM) di Taman Danau Kota.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan serta kerjasama strategik antara PBSK dengan PKPWM dalam perlaksanaan program belia dan sukan di kawasan Wangsa Maju.
Pengurus PKPWM, Tuan Hj. Mazri A Rahman serta Pegawai Perhubungan PKPWM, Encik Tajul Ahmad Amin Tajudin menyambut baik hasrat ini dan memaklumkan bahawa pihak PKPWM sedia bekerjasama dengan PBSK dalam perlaksanaan program dan penglibatan komuniti . PBSK juga berkesempatan untuk berbincang mengenai perancangan perlaksaaan program pada masa akan datang serta berharap kunjungan ini membuka pintu bagi kerjasama yang lebih erat antara PBSK dengan PKPWM dalam penglibatan program sukan,belia dan rakan muda.
Putrajaya 7 September; Pejabat Belia & Sukan Kawasan Putrajaya telah menerima kunjungan daripada En. Nazrul Rizal bin Abdul Rahim, Pengarah Bahagian Keselamatan Fizikal dan Penilaian Teknikal, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.
Dalam kunjungan beliau ini telah membincangkan hal hal semasa dalam penganjuran aktiviti sukan di Putrajaya.
Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya, Encik Nik Fitra bin Wan Jaffar amat bebesar hati dalam kehadiran beliau ke PBSK Putrajaya.
Semoga dengan kerjasama dan ukhwah yang terjalin dapat dipertingkatkan di masa akan datang.
PBSK PUTRAJAYA MENERIMA KEHADIRAN MENGEJUT TIMBALAN KETUA PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN KBS
Putrajaya 7 September; PBSK Putrajaya berbesar hati menerima kehadiran mengejut Encik Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBSN, KBS ke Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya. Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya, Encik Nik Fitra bin Jaffar serta semua pegawai mengalu-alukan kehadiran TKP ke Pejabat kami. Terima kasih tuan!
12 September 2023, Pavi Bukit Jalil - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh yang diketuai oleh Puan Intan Saruza binti Sabar telah membuat lawatan ke Pavilion Bukit Jalil, Bukit Jalil dalam rangka kerja persediaan program yang akan dirancang diadakan bersama pihak Pavilion Bukit Jalil melibatkan aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda
Encik Shazni Shawal merupakan wakil pihak pengurusan Pavilion Bukit Jalil telah memberi penerangan terperinci mengenai fasiliti serta kemudahan yang terdapat didalam Pavilion Bukit Jalil ini dan beliau mengalu alukan jalinan kerjasama antara PBSK Seputeh bersama Pavilion Bukit Jalil.
Puan Intan Saruza binti Sabar berhasrat untuk melaksanakan beberapa program rakan muda mahupun sukan contohnya program yang terdekat iaitu Program HSN Seputeh ataupun rakan ekspresi-rakan muda@uji minda di Pavilion Bukit Jalil. Dengan adanya program-program seperti ini maka PBSK Seputeh dapat membuka ruang kerjasama jalinan intervensi yang lebih meluas antara PBSK Seputeh dan Pavilion Bukit Jalil.
PBSK Seputeh mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Pavilion Bukit Jalil diatas kesudian menerima kunjungan pihak kami pada hari ini.
Kuala Lumpur, 9 Sept 2023 - Telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak Piala Dato Sri’ Ramli Yusuff , presiden PIKM anjuran Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bertempat di padang bola pusat latihan Polis KL (PULAPOL).
Encik Asmori bin Haji Saahari hadir Merasmikan Kejohanan itu bagi menggantikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Adam Adli bin Abd Halim dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada peserta dan pemenang kejohanan. Turut sama hadir Ybrs Dato Seri Ramli dan beberapa orang tetamu jemputan.
Acara akhir perlawanan bola sepak telah berlangsung antara PULAPOL melawan PIKM yang telah berakhir dengan 0-0. pemenang akhirnya ditentukan dengan sepakan penalti dengan kemenangan mutlak bagi kejohanan tersebut berpihak kepada PIKM dengan mata 4-3.
PERBINCANGAN PROGRAM INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA (Y2Y) PERINGKAT KAWASAN BUKIT BINTANG
8 September 2023, Kuala Lumpur – Sesi perbincangan berkaitan Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) 2023 Kawasan Bukit Bintang telah diadakan bertempat di St. John’s Institution, Kuala Lumpur.
Perbincangan ini telah dihadiri oleh Encik Muhammad Emir Fawwaz b. Mohd Zen, Pen. Pegawai PBSK Bukit Bintang dan En. Brendan Ravi Chandaran Krishnan, Pengetua St. John's Institution. Turut hadir bersama ialah Saudara Amar Izzuden b. Hamidun, Pengerusi Sukarelawan Muda Wilayah Persekutuan (YOU4WP). Mesyuarat penyelarasan program ini bersama agensi yang terlibat akan diadakan pada masa terdekat ini.
KONVOI BERMOTOR SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2023 ANJURAN GERAKAN BELIA 4B KAWASAN SEPUTEH
8 Sept 2023, Kuala Lumpur - Satu majlis ramah mesra antara GB4B Kawasan Seputeh bersama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah diadakan di ruang legar Surau Nur Asy-Syakirin, PPR Kg.Muhibbah.
Majlis yang dimulai dengan ucapan alu-aluan dan penerangan ringkas oleh Encik Mohammad Iqbal Yusof Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Seputeh, diteruskan dengan ucapan dari Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur. Seterusnya penyerahan sijil keahlian GB4B kepada 3 cawangan GB4B didalam kawasan Seputeh.
Program utama majlis ini adalah konvoi bermotor sempena Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh GB4B Kawasan Seputeh. Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Belia, Encik Lim Chow Kiat dengan dengan penyerahan jalur gemilang kepada Pengerusi GB4B Kawasan Seputeh. serta menyempurnakan pelepasan konvoi bermotor untuk permulaan berkonvoi.
Syabas GB4B Kawasan Seputeh atas program yang dilaksanakan.
Telah berlangsung majlis pelancaran SHARP HSN Kuala Lumpur 2023. Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur sebagai rakan strategik program turut dijemput dalam majlis pelancaran yang penuh gemilang dan telah diwakili oleh Encik Mohamad Pauzi bin Paiman selaku Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan.
Majlis juga dihadiri oleh Encik Ting Yang Chung Pengarah Urusan Sharp Electronics Malaysia, Tuan Supt. Ahmad Nor Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteteraman Awam IPKKL, Encik Mohamad Shukri Nawi Pengarah Majlis Keselamatan Negara KL, Dato Seri Dr. V.Pulainthiran Presiden Persatuan Olahraga Wilayah KL, Encik Mohammad Naseer Presiden MBWP, Encik Muhammad Akmal DBKL, Encik Soh Wai Ching Naib Presiden Pertubuhan larian Menara Malaysia.
Melalui perkongsian Encik Harisson Jub selaku Pengarah program ini, Beliau memaklumkan bahawa SHARP Malaysia sempena ulang tahun penubuhan yang ke 111 tahun akan mengadakan acara larian sharp Hari Sukan Negara 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 8hb Oktober 2023 (Ahad) bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. SHARP Malaysia mengambil langkah inisiatif dengan penganjuran program sebegini sebagai tanda sokongan syarikat kepada usaha pihak kerajaan kearah negara sukan dan sukan untuk semua.
LARIAN SHARP HSN KL menawarkan sebanyak 4 kategori larian iaitu, 21KM-10KM-5KM-3KM yang akan bermula seawal jam 5.00 pagi bagi acara larian sejauh 21km serta disusuli dengan acara seterusnya. Sehingga semalam telah berjaya merekodkan pendaftaran peserta sebanyak 6000 ribu orang.
SHARP menyediakan hadiah wang tunai bagi pelbagai kategori untuk dimenangi termasuk barangan hadiah tajaan dan dimaklumkan bahawa setiap peserta akan dibekalkan Goodies Bag. Pelbagai barangan cabutan bertuah bernilai RM20,000 turut ditawarkan. Beliau memaklumkan pendaftaran penyertaan masih dibuka.
Program larian ini nanti turut akan diserikan oleh beberapa duta larian seperti Ninja Runner, Storm Troopers, Spiderman, Antman, Coach Faizul, Lim Swee Soon, Tiramisu Kelvin, Ronnie, Lee Teck wai, Erni Jismi, Nor Amin, Nizam, Aizat.
Semua yang hadir juga dimaklumkan SHARP mempunyai teknologi barangan electronics yang sesuai untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan dari produk peralatan rumah hingga lah yang melibatkan aktiviti sukan berbentuk rekreasi luar.