Lerekan berapi Lawn Bowls Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Tuan Asmori bin Haji Sa``ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijemput merasmikan Kejohanan Sukan Lawn Bowls Kuala Lumpur Open Fours Championship Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023.
Majlis perasmian turut disaksikan oleh Presiden Lawn Bowls Kuala Lumpur Dato Anowar bin Che Omar dan seluruh jawatankuasa Persatuan Lawn Bowls Kuala Lumpur.
Kejohanan Lawn Bowls Kuala Lumpur ini berlangsung di Kompleks Boling Padang Bukit Kiara bermula 31 Ogos 2023 sehingga 2 September 2023. Peserta diwakili dari kalangan persatuan Lawn Bowls dalam dan luar negeri serta turut disertai persatuan YLLBC dari Negara Hong Kong.
Tuan Pengarah JBSWPKL mendoakan dan menyatakan hasrat ingin melihat kemajuan pemain dari Wilayah Persekutuan berjaya di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau juga berharap agar pemain pemain muda mencontohi semangat pemain negara yang telah memenangi pingat di sukan Komenwealth dan meneruskan semangat kesukanan dalam kejohanan yang akan disertai di World Bowls Championship 2023 di Gold Cost nanti.
Ucapan perasmian diakhiri dengan kibaran Jalur Gemilang dan Laungan Merdeka sebagai simbolik semangat patriotik cintakan tanah air sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 66.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 75