12 Oktober 2023, CHERAS - Program Kemahiran Latihan Asas Sukan : Renang (KLAS Renang) Cheras Fasa 2 Siri 1 telah selesai diadakan dengan jayanya bertempat di RNJ Swimming Academy Cheras.
Seramai 40 peserta dari lingkungan umur 6 sehingga 12 tahun dalam kalangan keluarga B40 telah berjaya menyelesaikan sebanyak 6 sesi latihan KLAS Renang yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dari Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM).
Salah seorang bapa peserta KLAS Renang Fasa 2 Siri 1 melahirkan rasa penuh kesyukuran kerana anak beliau telah terpilih dan diberi peluang oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk terlibat dalam KLAS Renang Fasa 2 Siri 1 ini.
Untuk KLAS Renang Fasa 2 Siri 2 telah dibuka penyertaan kepada para peserta yang memenuhi kriteria pemilihan.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 97