- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 89
Program Sukan 1000 Liga Peringkat Kawasan Batu telah berakhir dengan jayanya !
Batu, 12 Disember 2023 – Program Sukan 1000 Liga Peringkat Kawasan Batu telah berakhir dengan jayanya ! Program ini dilaksanakan untuk memupuk minat dan menarik penyertaan lebih ramai dari pelbagai peringkat umur di peringkat akar umbi ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan (Sports Nation).
Sebanyak 3 buah sekolah dan 1 buah NGO telah terlibat dalam menjayakan program ini yang telah berlangsung selama 8 minggu di sekitar kawasan Batu. Antaranya ialah SK Taman Koperasi Polis,SK St Mary, SK Intan Baiduri serta Kelab Belia Sri Perak(NGO).
Menariknya, Jenis-jenis sukan yang dipertandingkan adalah merupakan sukan Individu dan setiap jenis sukan perlu dilaksanakan sebanyak dua (2) sesi, yang mana 1 sesi melibatkan 50 peserta. Acara sukan yang diadakan adalah mengikut kesesuaian di komuniti setempat seperti Sukan Catur, Ping-Pong, Dart dan Badminton.
Program 1000 Liga ini merupakan satu program yang sangat berkesan kerana dapat Menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup supaya kekal sihat sepanjang masa. Dengan adanya program ini, ianya dapat menambahkan aktiviti masyarakat dan sentiasa mengekalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Syabas diucapkan kepada Warga Batu!
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 89