- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 98
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN JBSWPKL SERTAI KEJOHANAN BOWLING MUHIBBAH 2024 BAGI MENGERATKAN LAGI UKHWAH SESAMA AHLI KELAB KSK JBSWPKL
BANDAR SUNWAY, 9 Januari 2024: Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan WPKL telah menganjurkan Kejohanan Bowling Muhibbah 2024 yang disertai oleh para peserta yang terdiri daripada kakitangan JBSWPKL. Program yang diadakan di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid itu telah berjaya dilaksanakan dengan meriah dan jayanya juga turut dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kakitangan di samping menjadikan aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sehat.
Bahagian Pem. Sukan telah menurunkan peserta yang diberi nama Redboque dengan tema baju berwarna merah telah memeriahkan lagi program serta memberi sokongan padu dalam penganjuran aktiviti yang sangat baik ini.
Semoga ukhwah sesama kakitangan Jabatan serta ahli kelab dapat dijaga dengan baik demi mencapai objektif kerja yang lebih efisen dengan cara kerja berpasukan yang sempurna.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 98