- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 105
YMM SEGAMBUT DENGAN KERJASAMA PBSK KEPONG/ SEGAMBUT ANJUR PERTANDINGAN BOLING MUHIBBAH RAKAN STRATEGIK SEGAMBUT 2023.
Bandar Utama, 29 Nov. 2023 - Buat julung kalinya YMM Segambut dengan kerjasama PBSK Kepong/ Segambut telah menganjurkan Pertandingan Boling Muhibbah Rakan Strategik Segambut 2023. Pertandingan ini merupakan simbolik penutup bagi kerjasama antara agensi di Kepong dan Segambut sepanjang tahun 2023.
Pertandingan yang diadakan di Wangsa Bowl Bandar Utama ini melibatkan 11 pasukan termasuk Pejabat Cawangan Kepong (DBKL), Pejabat Cawangan Segambut (DBKL), YMM Segambut, PBSK Kepong/ Segambut serta Kelab Belia Kg Melayu Kepong.
Pertandingan ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara rakan strategik di kawasan Segambut dan Kepong. YMM Segambut bercadang untuk menjadikan program ini sebagai acara tahunan dan jemputan akan diperluaskan lagi kepada rakan strategik yang lain.
Penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Saudara Dave, Pengerusi YMM Segambut serta dihadiri oleh YBrs. Encik Norhizamudin Mokta Rudin, Pengurus PCKEPONG, YBrs. Encik Khairul Azlan, Pengurus PCSegambut, YBrs. Encik Halman Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong/ Segambut serta Saudara Firdaus, Pengerusi Kelab Belia Kg Melayu Kepong.
Kesemua peserta menerima hadiah berupa wang tunai. Semoga program ini dapat mencapai objektifnya dan kerjasama antara agensi dalam misi membangunkan komuniti akan terlaksana.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 105