- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 129
SESI PERBINCANGAN & PENYELARASAN PROGRAM ZUMBA DI PPR/PA ZON 2 WP KUALA LUMPUR 2024
20 Jan 2024, Cheras- Pihak DBKL telah melaksanakan sesi perbincangan dan penyelarasan Program Zumba ZON 2 WP Kuala Lumpur 2024 bertempat di Pejabat Pengurusan Zon 2, BLOK 2 PPR Seri Alam, Kuala Lumpur.
Sesi perbincangan ini melibatkan PPR/PA yang berada dibawah kelolaan ZON 2 serta Pejabat Belia dan Sukan Kawasan yang berkenaan iaitu Seputeh, Lembah Pantai, Bukit Bintang & Cheras bagi mendapatkan persetujuan yang adil dan saksama dalam proses pemilihan PPR/PA bagi Program Zumba 2024. PBSK Seputeh telah hadir bersama dalam sesi perbincangan ini dan turut hadir bersama Cik Alice wakil dari Pejabat Ahli Parlimen Kawasan Seputeh.
PPR Pinggiran Bukit Jalil berminat untuk menjalankan program ini dan pihak DBKL serta PBSK Seputeh menyokong dan menerima baik hasrat tersebut. Program akan diadakan selama 44 siri dan dijangka bermula pada Februari 2024 dan berakhir pada Disember 2024.
Semoga program yang dirancang ini akan berjalan sepertimana yang telah dibincangkan.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 129