- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 119
PROGRAM GERAK REMAJA SEPUTEH SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2024
1/2/2024, Endah Parade Seri Petaling - Gerakan Belia 4B Kawasan Seputeh telah melaksanakan Program Gerak Remaja Seputeh Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024.
Program yang telah diadakan di Golden Horse Pool , Endah Parade ini menarik minat remaja serta belia untuk beramah mesra seterusnya mencungkil bakat dalam sukan pool.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh juga turut hadir dalam sesi beramah mesra ini yang mana dihadiri oleh Encik Ibrahim bin Mohammad Yusoff mewakili Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh.
Diharap program-program seperti ini akan diperbanyakkan lagi bagi mengurangkan aktiviti yang tidak berfaedah dilakukan oleh remaja atau belia di kawasan Seputeh.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 119