- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 98
KEJOHANAN PETANQUE TERTUTUP SEMPENA 1000 LIGA KAWASAN SEPUTEH 2023 TARIK MINAT PELAJAR SMK SERI SAUJANA
29 Oktober 2023, Seri Petaling- Pagi tadi telah berlangsung Kejohanan Petanque Tertutup Sempena 1000 Liga Kawasan Seputeh 2023 bertempat di SMK Seri Saujana, Seri Petaling.
Seramai 95 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada pelbagai kaum telah mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori bawah 15 tahun dan kategori bawah 17 tahun.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Iskandar Kamel bin Mohd Nor, YDP PIBG SMK Seri Saujana serta Puan Norfaaizam bt Zainal Abidin, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh. Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu Puan Yusnah bt Mohamad Junus, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Seri Saujana dan Puan Bavani a/p Selvarajah, Penolong Kanan Sesi Petang SMK Seri Saujana.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar SMK Seri Saujana dalam penglibatan kejohanan tersebut serta ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir dan jawatankuasa teknikal SMK Seri Saujana dalam menjayakan kejohanan petanque tertutup sempena 1000 liga kawasan seputeh 2023. Semoga jalinan kerjasama ini akan diteruskan di masa akan datang.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 98