- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 79
KBS FITMERDEKA - NASI LEMAK FUN WALK 5KM TELAH MEMERIAHKAN PROGRAM KBS X KLCFM 2023 (SESI BULAN OGOS)
KBS FITMERDEKA - NASI LEMAK FUN WALK 5KM TELAH MEMERIAHKAN PROGRAM KBS X KLCFM 2023 (SESI BULAN OGOS)
DATARAN DBKL, 27 Ogos 2023: Sempena bulan Kemerdekaan, KBS X KL Car Free Morning 2023 telah menganjurkan FitMerdeka Nasi - Nasi Lemak Fun Walk 5KM yang telah diadakan di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut.
Program yang telah dihadiri oleh Tetamu Kehormat iaitu diantaranya Encik Izwan Razif bin Salehaped, Tim. Pengarah Kanan, CATS DBKL, Encik Asmori bi. Haji Sa'ahari, Pengarah JBSWPKL, wakil pegawai daripada DBKL dan Multigreen serta wakil pegawai daripada JBSN telah membuat pelepasan peserta seramai lebih kurang 500 orang.
Program turut dimeriahkan dengan acara senamrobik, aktiviti sampingan seperti cabutan hadiah bertuah, aktiviti mari mencuba, jualan aksesori sukan, booth pameran dan lain-lain.
Program telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran wargakota WPKL khususnya dan diharapkan bagi KLCFM Edisi KBS pada bulan berikutnya akan mendapat sambutan yang positif juga daripada semua pihak yang berkaitan. Program diakhiri dengan laungan Merdeka daripada semua peserta, urusetia dan pengunjung sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba pada 31 Ogos 2023.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 79