PROGRAM JELAJAH FITMALAYSIA PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2023
FitMalaysia WP Kuala Lumpur kembali lagi
Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur tahun ini dengan kerjasama DBKL & Persatuan Senamrobik Kuala Lumpur akan menganjurkan program JELAJAH FITMALAYSIA PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2023
Tarikh : 24 Sept 2023 (Ahad)
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Pelbagai acara & aktiviti menarik menanti pengunjung dan para peserta AYUH RAMAI-RAMAI WARGA WP KUALA LUMPUR - jom jangan lepaskan peluang keemasan sertai kami
JEMPUTAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK & BOLA JARING KESKEB IKTBN DUSUN TUA TURUT DISERTAI OLEH PEGAWAI BAHAGIAN PEM. SUKAN, JBSWPKL
DUSUN TUA, 9 Ogos 2023: Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua telah membuat jemputan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring dengan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Jabatan Belia dan Sukan WPKL pada 9 Ogos 2023 yang lalu tempat di padang bola dan gelanggang bola jaring IKTBN Dusun Tua.
Encik Mohd Faidurrida bin Yusoff, Pegawai Pem. Sukan OKU, telah mewakili KSK JBSWPKL dalam acara bola sepak manakala Puan Melyani Fitria binti Indra, Pen. Pegawai Pem. Kecergasan Nasional dan Cik Nur Diyana binti Azizi, Pegawai Pem. Sukan Rekreasi telah bertanding dalam acara bola jaring.
Perlawanan persahabatan tersebut berlangsung dengan meriah dan jayanya. Keputusan perlawanan bola jaring adalah berpihak kepada KSK JBSWPKL manakala keputusan perlawanan bola sepak berpihak kepada KESKEB IKTBN Dusun Tua.
Diharapkan jalinan kerjasama dalam penganjuran perlawanan persahabatan seumpama ini dapat diteruskan agar dapat memupuk semangat serta budaya bersukan di kalangan kakitangan KBS secara amnya.
Bukit Kiara, 21 Ogos 2023 - Hari ini telah diadakan perbincangan bagi membentuk kerjasama penganjuran program antara PBSK Kepong/ Segambut dan Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Segambut serta Persatuan Anak Jati Penchala (PAJP).
Pertemuan ini di hadiri oleh Encik Farhan selaku Pengerusi MPP Sub Zon 2 Segambut bersama jawatankuasa sub zon 2 serta Encik Muharani bin Mat Junus dari PAJP. Sub Zon 2 terdiri dari TTDI, Sg Penchala dan Bukit Lanjan.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Yap Yee Vonne Pejabat Parlimen Segambut bersama Encik Shawn.
Pertemuan ini telah mencetuskan beberapa idea termasuk program kemahiran di bawah Rakan Muda.
Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak bagi pelaksanaan program yang lebih mantap.
Sg. Penchala, 13 Ogos 2023 - Seramai 20 peserta hari ini menyertai SKILLS 4 LIFE Rakan Muda Mahir - Manicure & Pedicure bertempat di Sg Penchala.
Kursus ini diadakan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSWPKL, PBSK Kepong/ Segambut dengan kerjasama Zblessco Detox Centre x Zue Beauty Academy, Pejabat Ahli Parlimen Segambut, MPP Sub Zon 2, Persatuan Anak Jati Penchala, dan YMM Segambut.
Semoga kursus seperti ini dapat memberi kemahiran baru kepada peserta.
RAKAN BUMI PLOGGING@COMMUNITY RAKAN MUDA KAWASAN SEPUTEH 2023 DI PANTAI PUTERI, TG.KLING MELAKA
Kuala Lumpur, 21 Ogos 2023- Telah berjalan dengan lancar Program Rakan Muda Kawasan Seputeh pada 19 Ogos 2023 bertempat di Pantai Puteri,Tg. Kling, Melaka.
Penyertaan seramai 80 orang remaja & belia berumur diantara 15 hingga 25 tahun yang menetap di sekitar Kawasan Seputeh dengan. Program dijalankan secara santai melalui aktiviti berjalan kaki di pesisir pantai puteri, Melaka sambil mengutip sampah. Lagu Rakan Muda turut diperkenalkan dan dinyanyikan oleh para peserta tersebut secara berkumpulan.
Kolaborasi jalinan kerjasama antara PBSK Seputeh dengan beberapa pertubuhan belia & sukan serta institut pengajian awam telah menjadikan program ini berjalan lancar dan menarik. Program bermula seawal jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 7.00 petang.
PBSK Seputeh merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Kelab Senamrobik Retro (KSR), Pertubuhan Belia Hindu Seputeh (HYO), Pertubuhan Suara Belia, Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) & Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur diatas kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan program Rakan Muda Plogging@Community Kawasan Seputeh 2023.
"HIDUP INI KERAS!!!" SEBAGAI MOTO PROGRAM DARI BELIA KEPADA BELIA (Y2Y) PERINGKAT KAWASAN SEPUTEH 2023"LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM PENJARA MALAYSIA MELAKA
Kuala Lumpur, 21 Ogos 2023- Program Y2Y Kawasan Seputeh "Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Penjara Malaysia Melaka telah dijalankan pada 19 Ogos 2023 yang lepas dengan dihadiri seramai 80 orang peserta dan kebanyakkannya adalah belia-belia sekitar kawasan seputeh.
Majlis pelepasan ini telah dilaksanakan oleh Encik Asmori bin Sa'ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur , Puan Intan Saruza binti Sabar dan turut serta Encik Yassir Presiden pertubuhan Suara Belia. Pelepasan peserta dilakukan pada jam 8.30pagi di Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dan bas tiba sekitar jam 11.30 pagi di Muzium Penjara Malaysia Melaka.
Lawatan di dalam Muzium Penjara Malaysia Melaka telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan diiringi oleh seorang pegawai penjara untuk memberi penjelasan mengenai sejarah penubuhan penjara tersebut.
Majlis perasmian penutup, demonstrasi sebatan dan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta telah diadakan di dalam Muzium Penjara Malaysia Melaka selepas sesi lawatan berakhir. Majlis penutup dirasmikan oleh Encik Kamarul Ariffin, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut diserikan lagi dengan kehadiran Tuan TPP Abu Sufian bin Mansor , Pengarah Muzium Penjara Malaysia Melaka, Encik Muhammad Yassir Arafat, Presiden Pertubuhan Suara Belia Malaysia, En Alvin mewakili Pengarah ILP Kuala Lumpur dan akhir sekali Encik Kishok a/l Mohandas Pengerusi Pertubuhan Belia Hindu (HYO) Kawasan Seputeh.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh mengucapkan terima kasih kepada HYO Seputeh, Pertubuhan Suara Belia Malaysia, Muzium Penjara Malaysia Melaka, ILP Kuala Lumpur dan MBWP kerana telah menjalinkan kerjasama sebagai rakan strategik melaksanakan program Y2Y Kawasan Seputeh dengan lancarnya.