PENOLONG PEGAWAI BAHAGIAN PEM. SUKAN TURUT HADIR KE LAWATAN KERJA PENGARAH KE ALUMNI RAKAN MUDA MALAYSIA DAN KOMPLEKS SUKAN DARUL SHADAH MAIWP
KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2023: Encik Mohd Hafiz bin Ismail, Penolong Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bhg. Pem. Sukan, JBSWPKL telah turut serta dalam Lawatan Kerja Pengarah ke Alumni Rakan Muda Malaysia dan Kompleks Sukan Darul Shadah MAIWP bersama wakil-wakil pegawai Jabatan Belia dan Sukan WPKL yang lain.
Lawatan kerja tersebut bertujuan bagi membincangkan jalinan kerjasama yang boleh dibuat dalam penganjuran program dan hal-hal lain berkaitan Pembangunan Belia, Sukan & Rakan Muda yang berkaitan.
Semoga kerjasama yang baik dapat diwujudkan di antara semua pihak yang terlibat bagi memastikan keberkesanan sesuatu program yang dilaksanakan berjalan dengan baik.
TP(S) MERASMIKAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS INSTRUKTUR KECERGASAN SENAMROBIK TAHAP 1
BUKIT KIARA, 7 Ogos 2023: Kelab Sukan Kecergasan Fit Nation dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sukan, JBSWPKL telah menganjurkan Kursus Instruktur Kecergasan Senamrobik Tahap 1 pada 3 hingga 7 Ogos 2023 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Pada hari terakhir kursus, Tetamu Kehormat iaitu Encik Mohammad Pauzi bin Paiman, Timbalan Pengarah (Sukan), JBSWPKL telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup yang diadakan di Dewan Besar, KRM Bukit Kiara. Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Taher bin Kamil, wakil Cawangan Kecergasan Nasional, JBSN.
Diharapkan para peserta yang telah mengikuti kursus tersebut dan sekaligus lulus akan terus maju jaya dalam bidang Pembangunan Sukan Kecergasan khususnya demi melahirkan lebih ramai instruktur yang bertauliah serta berilmu demi menjamin kualiti penganjuran sukan di masa akan datang.
SKILLS 4 LIFE RAKAN MUDA MAHIR SEGAMBUT TUMPU KECANTIKAN
Sg. Penchala, 7 Ogos 2023 - Program Skills 4 Life bakal menemui peserta di Segambut. Perbincangan antara Encik Farhan, MPP Segambut Zon 2, Encik Wan, Pengerusi Kelab Anak Jati Sg Penchala, Encik Halman, Puan Norlida dan Cik Nazra Hanim bagi PBSK Kepong/ Segambut.
Program bakal diadakan di Bilik Kuliah Masjid Hidayah dengan kemahiran yang diketengahkan adalah "manicure & pedicure".
PBSK PUTRAJAYA TURUT SERTA SEMINAR AGROBELIA LESTARI 2023
Putrajaya 5 Ogos; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Rasmi Seminar Agro Belia Lestari 2023!
Berlangsung di Podium KBS, YB Adam Adli hadir merasmikan Seminar Agro Belia Lestari 2023
Seminar yang turut disiarkan secara dalam talian di FB JBSNegara ini merupakan insiatif baharu KBS memperkasakan pembangunan belia termasuklah daripada perspektif agro.
Seminar turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Asmori bin Sa’ahari, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya, Nik Mohd Fitra bin Wan Jaffar , Pegawai Ekonomi JBSWPKL, Cik Azila serta lain-lain pemegang taruh.
LAWATAN PEMERIKSAAN MENGEJUT JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE PBSK PUTRAJAYA
Putrajaya 3 Ogos: Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya telah menerima kedatangan Puan Marina & Cik Maizatul Akmal selaku wakil Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan mengejut ke Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya.
Lawatan ini memeriksa pelbagai aspek pengurusan PBSK Putrajaya.
Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
Terima kasih atas teguran membina daripada Puan Marina.
Putrajaya 2 Ogos; Satu Lawatan Tapak ke Taman Botani Putrajaya oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya iaitu Encik Nik Fitra bin Wan Jaffar bersama Pengerusi Persatuan Belia Bakti Putrajaya, En Syazmir telah di laksanakan bagi meninjau tapak untuk menjalankan program Y2Y yang bakal dijalankan pada Oktober nanti.
Lawatan tersebut disambut baik oleh Tuan Noor Azhar Bin Zainal,Pegawai Tadbir Bahagian Botani Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya.
Semoga perbincangan dan kerjasama ini akan berterusan demi pembangunan belia di Putrajaya.
“BUKAN KEMENANGAN INDIVIDU, TETAPI SEMANGAT JUANG PASUKAN” NORAINI, BERJAYA BANTU PASUKAN PDRM DALAM ROYAL PAHANG DRAGON BOAT REGATTA 2023
KUANTAN,1 Ogos 2023 - Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Noraini Binti Zainudin, telah mengukir nama dalam sejarah sukan air apabila mengulangi kejayaan membantu Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyumbangkan pingat dalam Kejohanan Perahu Naga Diraja Pahang yang berlangsung di Sungai Kuantan, Menara 188 yang telah berlansung pada 30 hingga 31 Julai yang lalu.
Dalam kejohanan yang dianjurkan sempena Pesta Kuantan 188 dan Hari Keputeraan Sultan Pahang itu, pasukan Perahu Naga PDRM berhadapan dengan saingan yang sengit daripada pasukan lain yang turut bersaing dalam kategori terbuka dan juga tertutup Pahang dengan bertanding bagi empat (4) acara. Namun, bantuan dari Noraini Binti Zainudin, yang telah lama terlibat dalam pelbagai bidang disiplin sukan kanu negara, telah memberikan impak yang besar terhadap prestasi pasukan.
Beliau yang juga merupakan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, telah banyak menempa keyaaan bersama pasukan PDRM dalam pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, turut mendapat khidmat nasihat dan latihan daripada pasukan perahu naga PDRM dalam persiapan mereka sebelum kejohanan berlangsung. Kemahiran dan pengalaman dalam teknik dayung dan strategi perlumbaan memberikan suntikan keyakinan kepada beliau untuk terus kekal bermain di bawah pasukan PDRM.
Dalam perlumbaan akhir, pasukan PDRM berjaya merebut tempat dengan prestasi yang mengagumkan, mengungguli pasukan-pasukan lain yang turut bertanding dengan membawa pulang 2 Pingat Emas dan 2 Pingat Gangsa.
Noraini turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan PDRM atas kepercayaan menjemput beliau bermain di bawah pasukan PDRM semenjak tahun 2011 lagi. "Saya amat berbesar hati dapat menyumbang tenaga kepada pasukan PDRM dan selepas kejayaan dan pencapaian cemerlang kami di Kejohanan Perahu Naga di Sabah pada Jun lalu dengan mendapat Johan Keseluruhan pasukan. "Harapan saya agar KBS dapat menubuhkan semula satu pasukan Perahu Naga yang kuat dan digeruni oleh pasukan-pasukan lain".
24 PASUKAN, BERSAING SENGIT BAGI MEREBUT GELARAN JUARA KAWASAN !
SETIAWANGSA, 1 Ogos 2023 - Sebanyak 24 pasukan bertanding merebut gelaran juara kawasan bagi Liga Sukan Komuniti (LSK) Kawasan Titiwangsa dan Setiawangsa yang telah berlansung pada 30 Julai yang lalu bermula jam 8.00 pagi bertempat di Gelanggang Futsal PPR Sg.Bonus, Setiawangsa. Beberapa pasukan menunjukkan aksi cemerlang dalam memberi tentangan hebat serta menjadi pasukan ‘perhatian’ apabila pasukan-pasukan tersebut berjaya merebut gelaran juara dalam Liga Sukan Komuniti Kawasan Titiwangsa dan Setiawangsa serta menepati ramalan. Kejayaan ini merupakan pencapaian yang membanggakan bagi pasukan-pasukan yang bertanding ini serta memberikan semangat yang tinggi dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif melalui sukan.
Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sg.Bonus Encik Hamidi memberikan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding .Beliau menyatakan bahawa kejayaan ini adalah bukti betapa pentingnya sokongan dan usaha bersama dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan belia pada masakini.
Kejayaan program LSK ini bukan sahaja merupakan pengiktirafan kepada pasukan yang menang, tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terlibat dalam aktiviti sukan dan menjaga kesihatan mereka. Diharapkan agar pencapaian ini akan terus memberi impak positif kepada semua penduduk kawasan dan mendorong penyertaan lebih ramai dalam acara-acara sukan komuniti pada masa akan datang. Turut hadir menyaksikan perlawanan, Timbalan Pengarah Sukan JBS WP Kuala Lumpur, En . Pauzi bin Paiman dan Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, Cik Artika Rozilan.
Dengan berakhirnya Liga Sukan Komuniti Kawasan Titiwangsa dan Setiawangsa, pasukan yang telah dinobatkan juara bagi kedua-dua kawasan kini bersedia untuk menghadapi cabaran baru dan meneruskan semangat juang mereka dalam kejohanan di peringkat negeri yang akan berlansung pada September nanti.
SESI CABUT UNDI & MESYUARAT PENGURUS PASUKAN BOLA JARING LSK SEPUTEH 2023 MENGGUNAKAN APLIKASI ZOOM METING
7 Ogos 2023, Bukit Kiara - Pegawai Penyelaras LSK Seputeh Puan Norfaaizam binti Zainal Abidin telah menjalankan Sesi Cabut Undi dan Mesyuarat Pengurus Pasukan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Kawasan Seputeh 2023 dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting.
Sesi cabut undi telah dijalankan pada hari ini di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh pada jam 3.00 petang dengan dihadiri bersama pegawai teknikal bola jaring iaitu Encik Fendy. Seramai 16 orang pengurus pasukan telah hadir dalam aplikasi zoom meting dan ia berjalan dengan lancar.
Bola Jaring LSK Seputeh akan dijalankan pada 13 Ogos 2023 bertempat di ILP Kuala Lumpur. Semoga kejohanan tersebut akan berjalan dengan sepertimana yang telah diatur.