- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 64
GABUNGAN NGO, AGENSI DAN IPT, BAKAL GEGARKAN JELAJAH GENTA BELIA TITIWANGSA OKTOBER 2023 INI..!!
GABUNGAN NGO, AGENSI DAN IPT, BAKAL GEGARKAN JELAJAH GENTA BELIA TITIWANGSA OKTOBER 2023 INI..!!
BUKIT KIARA, 26 JULAI 2023 - Program Jelajah Genta Belia Kawasan Titiwangsa 2023 yang dijadualkan akan berlansung pada 14-15 Oktober ini bakal menarik perhatian ratusan belia dari pelbagai latar belakang dengan fokus utamanya adalah menumpukan aspek ekonomi dan keusahawanan belia khususnya ‘golongan belia bandar’ di Kuala Lumpur.
Mesyuarat penyelarasan Jelajah Genta Belia Kawasan Titiwangsa yang telah diadakan pada hari ini telah dihadiri oleh rakan kongsi strategik dari pelbagai sektor swasta, pihak kerajaan, persatuan belia serta IPT terpilih. Cik Artika Rozilan, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa yang juga merupakan pengerusi mesyuarat menyatakan terima kasih pada semua rakan kongsi strategik yang hadir dalam memberi tumpuan pada belia bandar bagi meningkatkan tahap kesedaran terhadap generasi muda di bandar dalam menghadapi cabaran ekonomi pada masa kini.
Encik Ruhalmusdi Hanafi, dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyatakan bahawa program ini adalah satu langkah strategik bagi menggalakkan generasi muda di Kuala Lumpur khususnya kawasan Titiwangsa untuk memanfaatkan potensi diri dan mewujudkan peluang baru dalam bidang ekonomi. "Kami percaya bahawa belia memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi. Oleh itu, program ini adalah platform untuk menghubungkan mereka dengan rakan kongsi strategik dan memudahkan akses kepada sumber-sumber dan maklumat yang relevan," katanya.
Melalui mesyuarat penyelarasan Jelajah Genta Belia Kawasan Titiwangsa 2023 ini, diharapkan ia akan memberi impak positif yang besar kepada peserta dan kawasan setempat. Sebagai satu langkah ke arah memperkasa belia, program Genta Belia ini meninggalkan kesan mendalam dan mengilhami generasi masa depan untuk terus berjuang dalam bidang ekonomi dan keusahawanan.
Pelbagai aktiviti melibatkan pameran, jualan, belia berniaga, keusahawanan serta aktiviti sukan dan kecergasan akan memeriahkan program jelajah genta belia itu nanti. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan program ini, boleh berhubung dengan Cik Noraini Zainudin (Pegawai Unit Belia, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa).
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 64