- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 86
JEMPUTAN KE MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PENGANJURAN KL CAR FREE MORNING BIL.12 TAHUN 2023
JEMPUTAN KE MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PENGANJURAN KL CAR FREE MORNING BIL.12 TAHUN 2023
MENARA DBKL, 20 Julai 2023: Satu Mesyuarat berkala di Peringkat DBKL berkaitan penganjuran Kuala Lumpur Car Free Morning telah diadakan bagi membincangkan penyelarasan penganjuran KBS X KLCFM bagi Sesi Ke-2 dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan WPKL.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Izwan Razif bin Salehaped, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, DBKL itu telah dihadiri oleh Encik Mohammad Pauzi bin Paiman, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSWPKL serta Encik Khairuddin bin Khalid, Pegawai Pem. Kecergasan Nasional, JBSWPKL bersama ahli- ahli mesyuarat yang terdiri daripada Jawatankuasa Kerja Induk KLCFM.
Diharapkan penganjuran KBS X KLCFM untuk kali ke-2 ini dapat berjalan dengan lancar seperti perancangan yang telah diatur agar dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 86