BENGKEL PENYELARASAN PENGGERAK NEGERI DAN BAKAT 2023
BANGI, 11-13 Julai 2023: Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WPKL iaitu Encik Mohd Faidurrida bin Yusoff telah menyertai bengkel anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) dengan objektif utama bengkel iaitu penyelarasan dan arah tuju Pembangunan Sukan Para Negara.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato' Ahmad Shapawi bin Ismail telah membuat ucapan Perasmian pada hari pertama bengkel berlangsung.
Bengkel yang berjalan selama tiga hari bermula pada 11 Julai hingga 13 Julai 2023 itu telah diadakan di Hotel Tanera Bangi, Selangor dan dihadiri oleh seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Sukan OKU seluruh negeri serta wakil dan pengurus pasukan dan Persatuan Sukan OKU seluruh Malaysia.
Pengisian bengkel di antaranya adalah ceramah serta taklimat yang menjurus ke arah lantikan JSM/penggerak OKU serta strategi ke arah memajukan pembangunan sukan OKU di Malaysia. Sesi latihan dalam kumpulan dan sesi Townhall juga telah diadakan bagi memantapkan objektif serta tujuan utama bengkel tersebut.
Semoga arah tuju dan kaedah yang dirangka oleh pihak yang berkaitan akan memberi impak positif kepada pembangunan dan kemajuan sukan OKU di negara kita.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 63