Kuala Lumpur, 13hb. Julai 2023 - Fail lama perlu dilupuskan dan PBSK Kepong/ Segambut mengambil peluang hari ini membuat semalan bagi melupuskan fail lama pejabat. Ini termasuklah fail belia, sukan, rakan muda, persatuan, pengurusan serta lain-lain yang berkaitan. Pelupusan fail ini disemak dan diselia oleh Puan Khadijah, Pegawai Arkib.
Puan Norzaini Ishak mewakili Pejabat ini untuk semakan fail yang perlu dilupuskan.
Proses ini akan mengambil masa 3 bulan dan pelupusan akan dibuat melalui kaedah yang sesuai.
PUTRAJAYA, 12 Julai 2023: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membangunkan aplikasi FitMalaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan digunapakai di seluruh negara melalui program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara di peringkat negeri dan kebangsaan.
Bengkel yang telah dihadiri oleh Encik Khairuddin bin Khalid, Pegawai Pembangunan Kecergasan Nasional, Jabatan Belia Dan Sukan WPKL itu telah diadakan di Menara KBS, Putrajaya. Bengkel yang dilaksanakan tersebut turut melibatkan Pegawai Cawangan Kecergasan Nasional Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dan di seluruh negara.
Bengkel dan penggunaan aplikasi FitMalaysia kelak diharapkan dapat memberikan kesan positif terhadap penyertaan sekaligus penglibatan warga Malaysia dalam pembangunan sukan negara.
TAHNIAH ENCIK HALMAN BIN SALLEH, PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KEPONG/ SEGAMBUT.
Putrajaya, 13hb. Julai 2023 - PBSK Kepong/ Segambut merakamkan setinggi tinggi ucapan Tahniah kepada Encik Halman Bin Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong/ Segambut atas kecemerlangan dalam perkhidmatan yang melayakkan beliau dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Anugerah disampaikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2022 KAWASAN BUKIT BINTANG
13 Julai 2023, Putrajaya - Setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada Encik Mohd Idil bin Roslan, Pembantu Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang atas kecemerlangan dalam perkhidmatan dan dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Semoga terus maju jaya dan menjadi pendorong kepada diri sendiri dan yang lain untuk terus cemerlang.
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PEGAWAI JBS WP KUALA LUMPUR ATAS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JBSN 2022
Putrajaya, 13 Julai 2023 - Tahniah kepada tujuh (7) orang pegawai Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBS WP Kuala Lumpur) yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi tahun 2022. Pengiktirafan ini diberikan sebagai penghormatan kepada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan belia di Kuala Lumpur.
Para penerima anugerah ini termasuklah Encik Halman Bin Salleh, Puan Siti Sarah bin Dato’ Azizan, Encik Mohd Faidurrida bin Yusoff, Puan Marina binti Yusoff, Encik Mohd Farihan bin Che Jusoh, Encik Mohd Idil bin Roslan, dan Encik Safarizam bin Shamsuddin. Mereka telah dipilih berdasarkan pencapaian luar biasa mereka dalam memajukan aktiviti dan program belia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penganugerahan ini diadakan di Dewan Maksak Putra, Putrajaya yang dihadiri oleh YBM, TYBM, KSU, TKSU Ketua JBSN, Pengarah JBS Negeri dan pegawai-pegawai penting. Majlis tersebut merupakan satu platform untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan mereka yang telah memberikan impak positif kepada pembangunan belia di seluruh negeri.
Dalam ucapan penghargaan, Yang berusaha Tuan Mohd Azhari bin Mohammad Ketua Pengarah JBSN menyatakan, "Tahniah dan syabas kepada Seratus lima (105) pegawai JBS All Star Setiap Negeri yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBSN 2022. Semoga penganugerahan ini membakar semangat kepada seluruh pegawai JBSN untuk berkhidmat dgn lebih cemerlang demi memperkasakan Pembangunan Belia Dan Sukan.”
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBSN merupakan pengiktirafan yang setimpal bagi kejayaan dan dedikasi para pegawai JBSN yang telah berusaha keras dalam membangunkan dan memperkukuhkan pembangunan belia di seluruh negeri. Mereka adalah teladan yang baik dalam memberikan perkhidmatan
terbaik
kepada belia, dan pengiktirafan ini sememangnya satu bentuk apresiasi dan penghargaan yang bermakna.
PERBINCANGAN PERSIAPAN TEMPAT LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) 2023 ACARA BOLA JARING PERINGKAT KAWASAN SEPUTEH
12 Julai 2023, ILP Kuala Lumpur - Pertemuan singkat antara Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh bersama Encik Alvensus dan Puan Juselin pegawai di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur telah diadakan di gelanggang bola jaring ILP Kuala Lumpur untuk membincangkan beberapa perkara yang perlu dipersiapkan sebelum pertandingan yang akan dijalankan pada bulan Ogos nanti.
Pihak ILP, Kuala Lumpur telah bersetuju untuk membantu menyiapkan tambahan satu gelanggang lagi memandangkan sambutan bagi penyertaan bola jaring amat memberangsangkan. Dengan penambahan gelanggang ini dapat menjimatkan masa serta membantu kelancaran pertandingan pada hari kejadian.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur diatas jalinan kerjasama yang telah dijalankan.
FOREST SKYWALK ADVENTURE MENJALINKAN HUBUNGAN LEBIH ERAT ANTARA AHLI HYO SEPUTEH
9 Julai 2023, FRIM - Pertubuhan Belia Hindu (HYO) Seputeh telah mengadakan aktiviti Forest Skywalk Adventure pada 9 Julai 2023 (Ahad) bertempat di Frim, Kepong yang melibatkan seramai 20 orang ahli HYO Seputeh.
Program yang telah dirancang sendiri oleh Jawatankuasa Kerja HYO Seputeh telah menarik minat belia-belia di sekitar kawasan Seputeh untuk turut terlibat dalam aktiviti mencabar ini. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada belia-belia untuk mendekatkan diri kepada kehijauan alam flora serta mencabar keberanian diri masing-masing ketika berada di tempat tinggi.
Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Norfaaizam binti Zainal Abidin, pembantu belia dan sukan Kawasan Seputeh dan beliau telah menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada peserta-peserta Forest Skywalk Adventure anjuran HYO Seputeh.
PERMOHONAN DANA SUKAN KOMUNITI SECARA ONLINE TELAH DIBUKA DEMI PEMBANGUAN SUKAN NEGARA MELALUI PENGANJURAN SUKAN KOMUNITI
KBS, Julai 2023: Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan (DSK KBS) bertujuan untuk memberikan bantuan berbentuk dana bagi penganjuran program sukan komuniti Kementerian/Kerajaan Negeri/Jabatan/Agensi/Komuniti/Persatuan Sukan/Persatuan Belia/Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/Badan Beruniform/Sekretariat Rakan Muda dan seumpamanya.
Kaedah pemberian bantuan DSK KBS adalah secara one-off dan secara (70/30) iaitu 70 peratus sebelum program dan baki 30 peratus selepas laporan pelaksanaan diserahkan.
Objektif DSK
SKOR IBSM
Meningkatkan skor IBSM selaras yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12
PEMBUDAYAAN SUKAN
Melaksanakan aspek pembudayaan sukan kepada semua peringkat tanpa meminggirkan kelompok masyarakat tertentu
MENJANA SINERGI MULTI SEKTOR
Menjana sinergi multi sektor melalui koordinasi program dan intervensi sosial berimpak tinggi bersama pemegang taruh di pelbagai peringkat
MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN FASILITI
Mengoptimumkan penggunaan fasiliti belia, sukan dan awam sedia ada di komuniti setempat
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN
Mengupayakan peranan rakan strategik dalam melaksanakan program pembangunan sukan untuk semua di peringkat komuniti setempat dan mencapai sasaran pembangunan sukan negara secara bersama
Untuk maklumat lanjut berkaitan Dana Sukan Komuniti (DSK) sila layari pautan berikut