- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 85
PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT PERINGKAT ZON TENGAH 2023 (HARI KEDUA)?️?️?️
PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT PERINGKAT ZON TENGAH 2023 (HARI KEDUA)





GOPENG, 8 Julai 2023: Program Eksplorasi Alam Peringkat Zon Tengah 2023 diteruskan dengan pengisian untuk Hari Kedua; Sesi Senaman Regangan oleh Urus Setia dan persediaan sebelum mengikuti aktiviti White Water Rafting.

Sebelum memulakan aktiviti, para peserta diberikan taklimat berkenaan keselamatan, teknik serta arahan asas yang telah disampaikan oleh Ketua Pemandu (Guider) untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar. Aktiviti White Water Rafting sepanjang sungai tersebut telah berjaya memberi pendedahan serta pengalaman yang sangat baik kepada semua yang terlibat iaitu sebanyak lapan (
Boat untuk program ini.

Di samping dapat menguji adrenalin, fizikal dan kerjasama berpasukan, aktiviti rafting ini yang juga dikenali sebagai arung jeram merupakan aktiviti pengarungan bahagian alur sungai yang berjeram dengan menggunakan peralatan tertentu telah memberi keseronokan yang berbeza kepada pencinta rekreasi.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 85