KUNJUNGAN HORMAT PBSK BATU/WANGSA MAJU KE NEWTON INTERNATIONAL COLLEGE.
Jalan Klang Lama, 8 Jun 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Batu/Wangsa Maju yang dipimpin oleh Cik Magdelene Anak Manjah telah membuat kunjungan hormat ke Newton International College di Jalan Klang Lama. Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan serta kerjasama strategik antara PBSK Batu/Wangsa Maju dengan Newton International College dalam perlaksanaan program belia dan sukan. Pegawai Pendaftar Newton International College, Cik Erni Suryani Ibrahim memaklumkan bahawa pihak kolej sedia bekerjasama dengan PBSK Batu/Wangsa Maju dalam perlaksanaan program,penglibatan pelajar serta penggunaan kemudahan fasiliti yang sedia ada . Tambah beliau lagi, pihak kolej amat menggalakkan pelajar - pelajar untuk turut terlibat serta bergiat aktif dalam program melibatkan belia dan sukan. PBSK juga berkesempatan untuk berbincang mengenai perancangan perlaksaaan program pada masa akan datang serta berharap kunjungan ini membuka pintu bagi kerjasama yang lebih erat antara PBSK dengan Newton International College dalam penglibatan program sukan,belia dan rakan muda.
LAWATAN TAPAK HBN DI PUSAT INTERNATIONAL YOUTH CENTER
Kuala Lumpur, 21 Jun 2033 - Wakil dari Pembangunan Belia JBSWPKL En Lim Chow kiat, TP Belia, En Khairi Shah, En Sazzlan Yuga, En Mohd Hairiezal serta wakil dari PBSK Bandar Tun Razak Pn. juwairiah hadir dalam sesi lawatan tapak di International Youth Center (IYC), Kuala Lumpur pada hari ni.
Lawatan tapak ini dibuat, adalah untuk memberikan pendedahan langsung kepada Jabatan/ NGO di wilayah Persekutan Kuala Lumpur yang terlibat dalam melaksanakan Hari Belia Negara Peringkat WP kuala Lumpur 2023 yang akan di adakan tidak lama lagi.
Sesi lawatan tapak ini di ketuai oleh En Mohd Aminnullah bin Mohd Hanapiah wakil pegawai IYC. Diharapkan lawatan tapak pada kali ini, dapat memberikan pendedahan langsung kepada Agensi/ Jabatan seterusnya menjayakan HBN Peringkat WP Kuala Lumpur 2023.
MESYUARAT JAWATANKUASA ANTI-RASUAH (JAR) PERINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN WP KUALA LUMPUR BILANGAN 1 TAHUN 2023
BUKIT KIARA, 16 MAC - Bertempat di Bilik Mesyuarat Kiara Utama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Encik Asmori bin Sa’ahari telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Bilangan 1 Tahun 2023 Peringkat JBSWPKL.
Agenda seperti pengukuhan governans dan integriti telah menjadi butir perbincangan antara ahli mesyuarat. Pengerusi turut mengingatkan ahli mesyuarat akan pematuhan arahan semasa kerajaan meliputi kewangan, penggunaan kenderaan pejabat, pematuhan waktu bekerja, pengawalan emosi di tempat kerja dan tidak menyalahgunakan kuasa untuk mengenakan pegawai.
Mesyuarat yang diadakan secara berkala tersebut dianggotai oleh Ketua-ketua Bahagian/ Unit dan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) seliaan Jabatan. Penambahbaikan terhadap tadbir urus di peringkat Jabatan turut dicadangkan dan dipertimbangkan.
HARIMAU MALAYA MEMBAHAM PAPUA NEW GUINEA 10-0 !!!!
Dataran Merdeka, 20 Jun 2023 - Program “Big Screen” di dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perlawanan Persahabatan Antarabangsa antara Malaysia Menentang Papua New Guinea berjalan dengan Jayanya.
Pasukan Bola sepak Negara Berjaya menumpaskan pasukan Papua New Guinea dengan kemenangan mutlak 10 berbalas 0. Kemenangan ini seterusnya memberikan kepuasan kepada peminat dan penonton yang datang ke Dataran Merdeka. Walau dalam keadaan hujan sekalipun, Kakitangan JBSKL, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan penyokong yang hadir tetap duduk memberikan sokongan kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia.
Turut Hadir memeriahkan Tayangan Skrin Besar ini, Tuan Mohd Azhari bin Mohammad, Ketua Pengarah JBSN, En Asmori bin Haji Sa’ahari, Pengarah JBSWPKL serta Pegawai daripada DBKL.
KUNJUNGAN HORMAT PBSK BATU/WANGSA MAJU KE TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE (TARUC)
Wangsa Maju, 20 Jun 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Batu/Wangsa Maju hari ini yang dipimpin oleh Cik Magdelene Anak Manjah telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Tunku Abdul Rahman University College (TARUC), Encik Tan Seng Seng.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan serta kerjasama strategik antara PBSK Batu/Wangsa Maju dengan TARUC dalam perlaksanaan program belia dan sukan.
Encik Tan Seng Seng juga memaklumkan bahawa pihak TARUC sedia bekerjasama dengan PBSK Batu/Wangsa Maju dalam perlaksanaan program dan penggunaan kemudahan fasiliti yang sedia ada di TARUC. Tambah beliau lagi, pihak TARUC amat menggalakkan pelajar - pelajar untuk turut terlibat serta bergiat aktif dalam bidang sukan.
Pegawai PBSK Batu/Wangsa Maju turut dibawa melawat ke fasiliti yang terdapat di TARUC seperti gelanggang bola keranjang,bola tampar, badminton, tenis serta kolam renang.
PBSK juga berkesempatan untuk berbincang mengenai perancangan perlaksaaan program pada masa akan datang serta berharap kunjungan ini membuka pintu bagi kerjasama yang lebih erat antara PBSK dengan TARUC dalam penglibatan program sukan,belia dan rakan muda.
Kunjungan Hormat Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 20 Jun 2023 - Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan kunjungan hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa. Kunjungan ini merupakan satu inisiatif untuk mempereratkan hubungan antara kedua jabatan tersebut serta untuk mengeratkan kerjasama dalam memajukan kebudayaan dan pembangunan belia di wilayah ini.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Hidayatul 'Ein binti Mohamad Azmi, manakala JBSWPKL diketuai oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Asmori bin Haji Sa'ahari. Turut serta dalam kunjungan ini adalah beberapa pegawai dan staf daripada kedua-dua jabatan.
Pada kunjungan tersebut, Puan Hidayatul 'Ein binti Mohamad Azmi dan Encik Asmori bin Haji Sa'ahari telah berbincang dan menukar pandangan mengenai pelbagai isu dan projek yang berkaitan dengan seni, budaya, dan pembangunan belia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antaranya Festival Permainan Malaysia@Kuala Lumpur yang akan dijalankan pada 15 hingga 17 September 2023. Mereka juga telah membincangkan potensi kerjasama dalam memperluas lagi program-program budaya dan sukan yang memberi impak kepada masyarakat, terutamanya kepada kalangan belia.
Dalam ucapan beliau, Puan Hidayatul 'Ein binti Mohamad Azmi menyatakan kepentingan kerjasama yang erat antara kedua jabatan untuk memastikan pembangunan seni dan budaya serta perkembangan belia dapat ditingkatkan dengan lebih baik. Beliau juga menyatakan keinginan untuk melihat adanya program-program bersama yang dapat mempromosikan seni dan budaya wilayah ini kepada masyarakat tempatan dan luar negara.
Encik Asmori bin Haji Sa'ahari, pula, mengakui pentingnya peranan seni dan budaya dalam memperkukuhkan identiti dan warisan budaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau berharap kunjungan ini akan membuka ruang untuk lebih banyak kolaborasi dan projek bersama yang dapat memberikan manfaat kepada belia dan masyarakat secara keseluruhannya.
Kunjungan hormat ini dianggap sebagai langkah awal dalam memperkuatkan kerjasama antara Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Diharapkan dengan kerjasama yang lebih erat antara kedua jabatan ini, pembangunan seni, budaya, dan pembangunan belia di wilayah ini dapat terus berkembang dan memberikan impak yang positif kepada masyarakat.
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kawasan Berisiko Tinggi Kawasan Seputeh Membincangkan Penyelarasan Agenda Kementerian Dalam Negeri Melalui Agensi Antidadah Kebangsaan
20 Jun 2023, Kuala Lumpur - Pada hari ini, Bilik Mesyuarat AADK Brickfields menjadi saksi kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kawasan Berisiko Tinggi Seputeh yang bertujuan untuk merealisasikan agenda Kementerian Dalam Negeri melalui Agensi Antidadah Kebangsaan bagi memastikan dadah terkawal menjelang tahun 2025.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Asmizi bin Mohd Yusoff, Pengurus Kawasan Pejabat Cawangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Kawasan Seputeh dan dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai agensi dan pihak berkepentingan di dalam Seputeh untuk menyelaras langkah-langkah bersepadu melawan penyalahgunaan dadah di Kawasan Seputeh. Encik Mohd Ibrahim bin Mohamad Yussop, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Swputeh bersama Puan Norfaaizam binti Zainal Abidin, Pembantu Belia dan Sukan Kawasan Seputeh turut hadir didalam mesyuarat tersebut dan telah mencadangkan beberapa program/aktiviti di bawah KBS yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran belia dan pengetahuan mengenai bahaya dadah dalam kalangan masyarakat setempat.
Dalam mesyuarat tersebut, pihak AADK Brickfields telah memberi Taklimat Profiling KBT Seputeh kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan berharap setiap agensi yang hadir akan memberi kerjasama serta komitmen dalam membanteras gejala dadah di kawasan Seputeh.
Mesyuarat ini berakhir dengan keputusan yang jelas untuk melaksanakan langkah-langkah yang telah dirangka oleh pihak AADK Brickfields bagi merealisasikan agenda Kementerian Dalam Negeri melalui Agensi Anyidadah Kebangsaan.
Bukit Kiara, 19 Jun 2023 - Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur baru sahaja menjalankan pertemuan ringkas bertempat di bilik Timbalan Pengarah Belia En Lim Chow kiat.
Perjumpaan kali ini membincangkan akan aspek program-program yang akan dilaksanakan pada masa yang terdekat sebagai contoh program Kem Belia Bestari (K-Best) yang akan diadakan pada 23-25 Jun 2023 bertempat di Kem Wawasan Negara Maran.
Selain itu, En Hairiezal dari Unit Kepimpinan turut membentangkan berkenaan program yang telah dijalankan, antaranya sesi penilaian APBN Peringkat WP kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada kakitangan JBSWPKL yang menjadi Urus Setia khususnya Bahagian Pembangunan Belia atas bantuan dalam menjayakan Sesi Penilaian itu.
???????? Date: 25 JUN 2023 (AHAD) Venue: Dataran DBKL, Kuala Lumpur Distance: 5KM Register Link: https://cps4.me/kbsrimaurun
?KBS RIMAU RUN 2023 diadakan dengan kerjasama KL CAR FREE MORNING.
?Program larian santai ini memberi ruang dan peluang yang ada untuk sama-sama membentuk satu Masyarakat Madani yang mempunyai pemikiran yang cergas dan kesihatan rohani yang unggul serta dapat mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.