- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 84
MESYUARAT PERBINCANGAN PROGRAM HARI WARGA EMAS PERINGKAT WP KUALA LUMPUR ANJURAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
BUKIT KIARA, 7 Jun 2023: Perancangan program Hari Warga Emas Peringkat WP Kuala Lumpur menjadi tumpuan utama dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Sukan) hari ini. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kiara Utama itu bertujuan untuk membincangkan kaedah kerjasama yang boleh dijalankan bagi meraikan warga emas setempat sempena Hari Warga Emas Kebangsaan yang disambut setiap 1 Oktober di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Puan Noor Hanizah dan Puan Fadilah Alias daripada JKM WP Kuala Lumpur telah membentangkan hasrat dan bertukar pendapat dengan ahli mesyuarat untuk bekerjasama dalam pelaksanaan program sukan anjuran JBSWPKL yang boleh dilaksanakan di bulan Oktober nanti.
Program Hari Warga Emas Peringkat WP Kuala Lumpur yang dijalankan pada bulan Oktober nanti akan menjadi satu platform kebersamaan dan mengukuhkan ikatan silaturahim di kalangan warga emas serta menghargai mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 84