MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI AMBANG HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KAWASAN BANDAR TUN RAZAK
BANDAR TUN RAZAK, 18 April 2023 - Telah berlansung Mesyuarat Aktiviti Ambang Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kawasan Bandar Tun Razak di Dewan Sri Johor, Perumahan Awam Sri Johor.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/ Bandar Tun Razak, Encik Javiques Badana Anak Joannis. Agenda utama mesyuarat adalah untuk menyelaras pelaksanaan aktiviti Ambang HBN yang akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Mei ini.
Antara ahli mesyuarat yang turut hadir adalah wakil dari Persatuan Penduduk, Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Bandar Tun Razak dan Pergerakan Pemuda Malaysia Cawangan Taman Pertama.
15 April 2023, Sabtu - Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) telah mengadakan Majlis Iftar Perdana Gepima yang ke-24 tahun ini, bertepatan dengan 24 Ramadhan 1444H. Majlis ini diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur. Beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Jabatan Agama Islam Malaysia turut terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Gepima turut mengundang Encik Asmori bin Haji Sa’ahari Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur bersama En Mohd Nor bin Abu Bakar ,yang mewakili Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur, serta En Lim Chow Kiat Timbalan Pengarah Belia dan En Sazzlan bin Yuga Penolong Pegawai Ekonomi Bahagian Pembangunan Belia. Kehadiran mereka memeriahkan lagi majlis Berbuka Puasa pada hari tersebut.
Acara Majlis Iftar Gepima ke-24 turut melibatkan penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan asnaf yang terpilih serta penyampaian cenderamata penghargaan kepada dif jemputan dan agensi yang terlibat. Selamat dan terima kasih kepada Gepima atas penganjuran Majlis Iftar Perdana ini. Diharapkan program seperti ini dapat mempereratkan lagi jalinan kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan belia terutamanya GEPIMA.
Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berlangsung meriah
Kuala Lumpur, 6 April 2023 - Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Bahagian Pembangunan Rakan Muda dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan serta Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) telah mengadakan Program Rakan Muda Ramadan yang berjaya dijalankan pada 6 April 2023 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara. Program yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah JBSN,Tuan Mohd Azhari Bin Mohammad, telah dihadiri oleh 400 orang peserta dari pelbagai sekolah dan universiti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Program yang dianjurkan oleh JBSWPKL sebagai inisiatif untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan masyarakat dalam suasana bulan Ramadan ini, turut dihadiri oleh para pegawai dan warga Masjid Al-Imam Al-Ghazali. Seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, kolej, dan universiti turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam Program Rakan Muda Ramadan ini termasuklah tadarus dan khatam al-Quran, ceramah dan tazkirah Ramadan, pertandingan hafazan, pertandingan berkhutbah, pertandingan bercerita, dan juga gotong royong memasak bubur lambuk. Pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut menunjukkan semangat dan antusiasme yang tinggi dalam menghayati nilai-nilai Ramadan, serta memperkukuhkan hubungan silaturahim di antara mereka.
Dalam ucapan perasmianya, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Bin Mohammad, mengapresiasi kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Rakan Muda Ramadan ini. Beliau juga menekankan pentingnya menjaga nilai-nilai keagamaan dan sosial dalam masyarakat serta mendorong para pelajar untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang membina dan memberi manfaat kepada komuniti.
Program Rakan Muda Ramadan yang dijalankan oleh JBSWPKL di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara ini diharapkan dapat menjadi acara tahunan yang membantu memupuk semangat kebersamaan, kecintaan terhadap agama dan budaya, serta memperkukuhkan hubungan antara pelajar dengan masyarakat setempat dalam menyambut bulan Ramadan.
PERBINCANGAN DAN PERANCANGAN PROGRAM PERINGKAT CHERAS DAN BANDAR TUN RAZAK BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BANGSAR / PUDU
Bukit Bintang, 5 April 2023 : Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar / Pudu menerima kedatangan PBSK Cheras Bandar Tun Razak bagi sesi perbincangan dan perancangan program peringkat Cheras dan Bandar Tun Razak di PPD Bangsar / Pudu, Jalan Hang Tuah.
Perbincangan dan perancangan program ini dipengerusikan oleh Encik Mohamed Suraimi bin Mohamed Salleh, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid . Perbincangan ini juga merupakan kerjasama antara PPD dan PBSK untuk melaksanakan program Intervensi Sosial dan Belia Untuk Belia (Y2Y) dan juga Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang di peringkat kawasan Cheras dan Bandar Tun Razak.
PERBINCANGAN PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG DI CHERAS
Kepong, 6 April 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras / Bandar Tun Razak telah mengadakan perbincangan bersama Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM) di pejabat cawangan Kepong.
Perbincangan ini melibatkan Encik Raymond Ho Tze Chai, Naib Pengerusi MASWIM di mana beliaun menerangkan kaedah pelaksanaan aktiviti renang yang akan dilasanakan bagi program KLAS dalam masa terdekat ini.
Klas Renang ini merupakan satu inisiatif KBS dalam usaha menerapkan asas kemahiran renang untuk golongan kanak-kanak.
LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM AMBANG HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KAWASAN BANDAR TUN RAZAK
Bandar Tun Razak, 6 April 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah mengadakan lawatan tapak di Perumahan Awam Sri Johor.
Lawatan dan perbincangan ini telah dikendalikan oleh Setiausaha Persatuan Penduduk Sri SJohor, Puan Yousidah Achil. Perbincangan ini bertujuan untuk membuat perancangan bagi melaksanakan Program Ambang Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Bandar Tun Razak yang akan dilaksanakan pada bulan Mei.
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KBS X KL CAR FREE MORNING 2023
BUKIT KIARA, 4 April 2023: Mesyuarat Penyelarasan Program KBS X KL Car Free Morning telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kiara Utama, JBSWPKL bagi membincangkan tentang pelaksanaan program tersebut yang telah dicadangkan bakal diadakan pada penghujung bulan April.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Asmori bin Haji Sa'ahari, Pengarah JBSWPKL itu turut dihadiri oleh Pengarah Caw. Kecergasan Nasional, Bhg. Pem. Sukan, JBSN, wakil pegawai daripada pihak DBKL, wakil Ketua Trafik Kuala Lumpur serta pegawai-pegawai JBSWPKL yg lain.
Mesyuarat juga telah membincangkan kaedah pelaksanaan program tersebut yang akan dilancarkan oleh YB Menteri Belia Dan Sukan serta dicadangkan pelaksanaannya secara berkala iaitu pada setiap minggu ke-4 bagi setiap bulan.
MESYUARAT PENYELARASAN PENGANJURAN PROGRAM KLAS RENANG 2023
BUKIT KIARA, 3 April 2023: Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang 2023 secara atas talian melalui aplikasi Google Meet.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sukan) JBSN, Encik Abdul Aziz bin Abd Rahman telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai daripada lapan (8) JBS Neger yang terpilih meliputi lapan belas (18) daerah/Kawasan yang akan melaksanakan program tersebut pada tahun ini. Kawasan Cheras dan Setiawangsa telah dipilih untuk melaksanakan program ini bagi WP Kuala Lumpur.
Encik Asmori bin Hj Sa'ahari, Pengarah JBSWPKL serta Encik Halman bin Salleh, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSWPKL turut bersama dalam mendengar taklimat dan pembentangan yang disampaikan oleh Puan Siti Ratnasari, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Bhg. Pem. Sukan, JBSN.
PELAKSANAAN RAKAN MUDA RAMADHAN DI BANDAR SRI MANJALARA
Bandar Sri Manjalara, 6 April 2023 - Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Al-Imam Al Ghazali, SMK Agama Kuala Lumpur, Pejabat DBKL Cawangan Segambut dan Majlis Belia WP telah menganjurkan Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur. Lokasi kali ini adalah di Masjid Al Imam Al Ghazali, Bandar Sri Manjalara dengan kehadiran seramai 400 peserta.
Majlis disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS. Turut hadir pada Majlis ini adalah Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir TKP (Rakan Muda), Encik Rumaizi (Pengerusi Masjid), Pejabat DBKL Cawangan Segambut, Pejabat Pendidikam Daerah Sentul, SMK Agama KL, serta Jabatan Agama Islam Wilayah.
Program kali ini disemarakkan dengan aktiviti Bertadarus, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Berkhutbah, serta Hafazan (Lelaki & Wanita). Objektif pelaksanaan kali ini adalah untuk menyemarakkan lagi Ramadhan dengan aktiviti yang mendekatkan diri dengan Al Quran selain membentuk akhlak yang baik. Program ini diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa bersama semua peserta dan jemputan.