PERANCANGAN & PERBINCANGAN PROGRAM AMBANG HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KAWASAN SEPUTEH
Kuala Lumpur, 11 April 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah membuat pertemuan kali kedua dengan pihak MSU bagi membincangkan aktiviti yang akan dijalankan sewaktu Ambang Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh nanti. Pelbàgai idea telah diberi oleh pihak MSU yang dihadiri oleh Puan Norlina Arshad, Pengarah MSU Learning Centre Kuala Lumpur bersama pegawai dan tenaga pemgajar MSU.
PBSK Seputeh yang dihadiri oleh Pn.Intan Saruza bt Sabar, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh bersama En.Mohamad Ibrahim b. Mohammad Yussop, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah membentangkan kertas konsep Ambang Hari Belia Negara 2023 dan dijangka untuk pelaksanaan peringkat Kawasan Seputeh akan dijalankan pada 13 Mei 2023 bertempat di Platinum Sentral Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur, 11 April 2023 - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh bersama Penolong Pegawai Kawasan Seputeh telah membuat pertemuan muhibbah dengan pihak ILP Kuala Lumpur di sebelah petang bagi merancang kerjasama strategik yang lebih bersepadu dan holistik membangunkan program.belia dan sukan di sekitar kawasan Seputeh.
Pertemuan singkat ini telah dihadiri oleh Encik Alvensus Ginjit dan Puan Juselin Barit wakil dari pihak ILP Kuala Lumpur.
KUNJUNG HORMAT DARI MSU LEARNING CENTRE (MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY) KE PBSK SEPUTEH
BUKIT Kiara, 04 April 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah menerima kunjung hormat dari pihak MSU Learning Centre yang diwakili oleh Puan Masniza. Pihak MSU LC telah berbesar hati menyumbang buah tangan sempena Ramadan untuk warga PBSK Seputeh. PBSK Seputeh sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan MSU LC dalam sebarang penganjuran acara belia dan sukan pada masa akan datang.
DURAN YASPI, ATLET RENANG PARA WPKL TERUS CEMERLANG DENGAN MERAIH PINGAT GANGSA BAGI DIRINYA DI KEJOHANAN SUKAN PARA ASEAN DI CAMBODIA ???
CAMBODIA, 5 Jun 2023: Kontinjen Malaysia telah dihadiahkan Pingat Gangsa Ke-6 oleh Atlet Renang Para daripada Persatuan Renang Para WPKL iaitu Duran Yaspi Imam Basori bagi acara 100m Kuak Lentang Lelaki S14 dari Kolam Renang Sukan Para Asean Ke-12, Cambodia ???
Tahniah Sekali Lagi!!! Warga WP Kuala Lumpur akan terus mendoakan serta menyokong sepenuhnya kejayaan Atlet Para WPKL ??
PINGAT PERAK KE-4 KONTINJEN MALAYSIA DISUMBANGKAN OLEH ATLET RENANG PARA WPKL???
CAMBODIA, 4 Jun 2023: Pingat Perak dari Kolam Renang Sukan Para Asean Ke-12 sekaligus menghadiahkan Pingat Perak ke-4 bagi Kontinjen Malaysia.
Tahniah!!! Duran Yaspi Imam Basori , Atlet Renang Para WP Kuala Lumpur yang meraih Perak?untuk negara dalam 50m Kuak Lentang Lelaki S14 di Sukan Para Asean Cambodia?
PEGAWAI BELIA DAN SUKAN JBSWPKL MENYANTUNI DAN MENYERTAI PROGRAM WATER FITNESS FUN DAY "BIG SPLASH & ACTIVE"
PUTRAJAYA, 3 Jun 2023: Kelab Kecergasan De'Iconicx dengan kerjasama KBS serta Rakan strategik 'Water Fitness Academy Malaysia', telah menganjurkan program Water Fitness Fun Day "Big Splash & Active" di Kolam Renang Marina Putrajaya. Program ini turut disertai oleh wakil pegawai sukan daripada Jabatan Belia Dan Sukan WPKL.
Program Water Fitness Fun Day ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif melalui senam air dan sukan berkaitan air. Ia diadakan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kesedaran akan pentingnya kecergasan fizikal dalam kalangan masyarakat.
Pegawai sukan daripada JBSWPKL turut menyantuni dan menyertai program ini dengan memberi sokongan moral dan membantu menjadi 'Team Leader' dalam aktiviti 'Water Fitness Revitalizer'.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini termasuklah Sesi Senam Air iaitu 'Water Fitness Drumming, Water Fitness Noodles & Water Fitness Dance' bersama instruktor daripada Water Fitness Academy.
Dengan semangat dan kerjasama yang terjalin antara Kelab Kecergasan De'Iconicx, KBS, Water Fitness Academy Malaysia dan pegawai sukan JBSWPKL, Program Fitness Fun Day " Big Splash & Active" diharapkan dapat memberikan impak positif kepada peserta dan menggalakkan kecergasan fizikal dalam kalangan masyarakat setempat.
LAWATAN KERJA YB HANNAH YEOH KE VENUE PROGRAM KLAS: RENANG SIRI 1 DI KEPONG?♂️?♀️?
KEPONG, 3 Jun 2023: Menteri Belia Dan Sukan, YB Hannah Yeoh membuat lawatan kerja ke program KLAS Renang di Swim Splash Academy, Kepong untuk memantau pelaksanaan program Siri 1. YB Hannah Yeoh turut ditemani oleh Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari bin Mohammad, Pengarah JBSWPKL, Encik Asmori bin Hj. Sa'ahari serta Pengarah JBS Negeri Selangor, Puan Azura binti Hj. Sarbin.
Semasa lawatan kerja tersebut, YB Hannah Yeoh dan jemputan yang hadir mengamati aktiviti yang sedang berlangsung dan mereka bertemu dengan para peserta serta Jurulatih yang terlibat dalam program ini serta amat berbesar hati dengan maklumbalas yang positif yang diterima iaitu diantaranya para peserta telah berjaya meningkatkan keyakinan diri ketika berada dalam air (water confidence).
Para Pegawai dan wakil daripada Bahagian Pembangunan. Sukan, JBSWPKL serta PBSK turut hadir memberi sokongan kepada program dan rakan kerjasama termasuk Persatuan Perenang Dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM).
Lawatan kerja ini menunjukkan perhatian dan sokongan yang diberikan oleh pihak berkuasa terhadap Pembangunan Sukan dikalangan kanak-kanak dan belia terutamanya golangan B40.
PKPIM ADAKAN PERBINCANGAN DAN LAWATAN TAPAK UNTUK PENYELARASAN PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI
Kuala Lumpur, 2 Jun 2023 - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengadakan perbincangan dan sesi lawatan tapak bersama Bahagian Pembangunan Belia (BPB), Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL), dan Kompleks Rakan Muda (KRM) Bukit Kiara. Tujuan utama perbincangan tersebut adalah untuk menyelaraskan pelaksanaan Program Pengurusan Organisasi yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2023.
Program Pengurusan Organisasi ini dirancang khusus untuk badan gabungan PKPIM, dengan fokus utama pada menyediakan dan menghantar Maklumat Yang Diperlukan (MYKD) yang lengkap kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). MYKD tersebut penting dalam memastikan PKPIM beroperasi dengan efisien dan mematuhi peraturan serta garis panduan ROY.
Perbincangan tersebut melibatkan wakil-wakil dari PKPIM, BPB, JBSWPKL, dan KRM Bukit Kiara. Mereka membahas strategi dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan pelaksanaan Program Pengurusan Organisasi berjalan lancar. Topik-topik yang dibincangkan termasuk penstrukturan organisasi, pengurusan kewangan, pemerolehan keahlian, dan aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Selain itu, sesi lawatan tapak ke Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara juga diadakan untuk memberi pemahaman kepada wakil-wakil PKPIM mengenai kemudahan dan infrastruktur yang tersedia di sana. Lawatan ini bertujuan untuk menjalin kerjasama antara PKPIM dan KRM Bukit Kiara dalam pelaksanaan Program Pengurusan Organisasi.
Setiusaha Agung PKPIM, Encik Muhammad Dzul Aiman bin Zulkefly, menyatakan, "Kami berterima kasih kepada Bahagian Pembangunan Belia, JBSWPKL, dan KRM Bukit Kiara atas sokongan dan kerjasama mereka dalam menyelaraskan pelaksanaan Program Pengurusan Organisasi kami. Kami berharap program ini akan memberikan manfaat yang besar kepada badan gabungan PKPIM, memperkuatkan struktur organisasi, dan meningkatkan keupayaan kami dalam memimpin inisiatif belia."
Program Pengurusan Organisasi PKPIM akan berlangsung selama tiga hari, dari 9 hingga 11 Jun 2023, melibatkan pelbagai sesi pembelajaran, perbincangan, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli PKPIM. PKPIM berharap program ini akan memperkukuh badan gabungan mereka dan meningkatkan pengaruh mereka dalam kalangan pelajar Islam di Malaysia.
API MARAK MENYAMBAR PONDOK RUMAH KEBUN PERSATUAN BELIA SERI CEMPAKA (PBSC), LEMBAH PANTAI
LEMBAH PANTAI,30 MEI- Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Lembah Pantai telah menziarahi Persatuan Belia Seri Cempaka (PBSC) yang ditimpa musibah akibat kebakaran pondok rumah kebun mereka bertempat di PPR Seri Cempaka.
Pada kejadian kebakaran yang berlaku pada sekitar pukul 3.35 petang pada hari selasa (30 Mei 2023) telah menjejaskan keseluruhan struktur pondok rumah kebun berkenaan. Untuk makluman, kebun kecil ini juga merupakan projek Youth Agrocity di bawah KBS.
Antara barang kerugian yang dijilat api adalah mesin rumput, mesin racun, mesin baja, Cocopeat, pasu plastik, pagar dawai, baja organik A+B, blower angin, peralatan kebun dan lain-lain. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut. Pihak PBSK Lembah Pantai turtut berdukacita atas segala ujian yang menimpa PBSC. Semoga segalanya dipermudahkan.