4 Mac 2023, Paroi - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak secara keseluruhannya telah terlibat dalam acara SUKMEP 2023.
Antara sukan yang telah disertai adalah karom, ping pong, bola jaring dan futsal.
4 Mac 2023, Paroi - Puan Juwairiah binti Mohd Zain, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah menyertai acara Ping Pong sempena SUKMEP 2023 ini.
Tahniah dan syabas diatas penglibatan dalam SUKMEP 2023.
11 Mac 2023, PUTRAJAYA - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak turut serta hadir ke Program Aktif @ Sukan Tradisional Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Dewan Serbaguna KBS, Blok Podium, Putrajaya.
Terdapat 5 kategori Sukan Tradisional telah dipertandingkan iaitu Congkak, Batu Seremban, Dam Aji, Timbang Bulu Ayam (Chaptey), Sepak Raga Ratus Bulatan.
11 Mac 2022, BANDAR TUN RAZAK - Encik Mohd Safian bin Mat Sahat, Pembantu Belia dan Sukan hadir ke Program Selawat dan Munajat Perdana Untuk Malaysia bersama YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan kehadiran ribuan masyarakat setempat dan pemimpin tempatan.
PUTRAJAYA, 9 Mac 2023: Bengkel Penyeragaman Kod Akaun Akruan Tahun 2023, anjuran Bahagian Akaun Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan pada 8 hingga 9 Mac 2023 di Bilik VIP, Podium KBS.
Bengkel ini dihadiri oleh 35 Pegawai-Pegawai Kewangan pelbagai gred dari Pusat Tanggung Jawab (PTJ) di bawah Bahagian Akaun KBS iaitu Bahagian Kewangan KBS, Bahagian Pembangunan KBS, Bahagian Pengurusan Maklumat KBS, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (iLEAD), dan Akademi Kenegaraan.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk berbincang berkenaan perihal dan kod akaun yang digunakan oleh PTJ sebagai persediaan kepada Bahagian Akaun KBS dalam menyediakan satu garis panduan yang menyeragamkan semua perihal bayaran dan kod Carta Akaun Akruan (CAA) untuk digunakan oleh KBS dan semua agensi di bawahnya. Ia adalah selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 10 Tahun 2017, Carta Akaun Asas Akruan.
JBSWPKL diwakili oleh pegawai-pegawai yang menjalankan tugas kewangan dan perakaunan iaitu Puan Siti Sarah binti Dato Azizan (Penolong Pegawai Tadbir Kanan), Puan Nor Dilah binti Suboh [Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan)] dan Puan Shamshafinaz binti Mohamad [Pembantu Tadbir (Kewangan)].
Sesi penyerahan sijil penyertaan bengkel ini telah disempurnakan oleh Ketua Akauntan, Bahagian Akaun KBS iaitu Puan Maslina binti Kamarudin C.A(M), CPA (Aust).
BUKIT KIARA, 22 Mac 2023- Pegawai dan kakitangan PBSK Seputeh telah hadir dengan jayanya Bengkel Pelupusan Fail pada 21-22 Mac 2023 bertempat di KRM, Bukit Kiara anjuran JBSWPKL dengan kerjasama pihak ARKIB.
Semoga ilmu yang telah diberi ketika sesi bengkel tersebut dapat digunapakai dan memperbetulkan sistem fail yang sepatutnya.
Bukit Kiara, 22 Mac 2023: Bahagian Pengurusan JBSWPKL telah mengadakan Bengkel Pelupusan Rekod di Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Khadijah dan Puan Ainol Mardhiah dari Arkib Negara Malaysia.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong / Segambut diwakili oleh Puan Zaini binti Ishak, Puan Norlida binti Ismail, dan Encik Mohammad Pauzi bin Paiman.
Secara keseluruhan, sebanyak 600 fail direkodkan untuk dilupus dan melibatkan semua Bahagian, Unit dan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan. Seramai 45 orang peserta hadir ke bengkel ini.
25 mac 2023 (Sabtu), Bowling Endah Parade, Sri Petaling - HYO Kawasan Seputeh telah mengadakan Program Sukan Bowling yang dihadiri seramai 50 orang ahli kelab bagi menguatkan ikatan muhibbah dan perpaduan di kalangan ahli HYO Seputeh.
Selain dari itu, Pengerusi HYO Saudara Kishok menjelaskan bahawa sekian lama telah tiada sebarang aktiviti dan program-program yang dirancang telah ditunda kerana diakibatkan pandemik covid dn perintah PKP.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ibrahim b. Mohammad Yussop mewakili Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh.