18 Mac 2023 (Sabtu) , Peretak: Program Seni Visual dan Mural telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi mengecat dan menceriakan semula dinding Dewan DAHA dengan lukisan bertemakan bidang di IKBN Peretak.
Seramai 24 orang pelajar dari Jurusan Diploma Rekaan Fesyen Semester 5, Jurusan Penyajian Semester 1 dan 4 orang pegawai HEP turut serta dalam menjayakan program ini.
Artis mural bebas yang dijemput adalah En Rery Martinez merupakan artis mural yang berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang seni. Beliau juga merupakan pegawai di PBSK Batu /Wangsa Maju.
Beliau juga turut berkongsi pengalaman bagaimana memulakan kerjaya sebagai artis mural dan teknik membuat mural.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 82