1 Mac 2023, Bukit Kiara - Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah menyertai aktiviti Senamrobik yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Kecergasan FIEVO bertempat di Dewan Besar Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.
6 Mac 2023, Isnin - Sesi perbincangan di antara Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Lembah Pantai bersama Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaya berkaitan Program Anugerah Remaja Perdana telah diaadakan. Semoga program yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. amin??
BUKIT KIARA, 1 Mac 2023: Program Senamrobik Mingguan JBSWPKL telah diadakan di Dewan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, KL.
Program diadakan pada Hari Rabu setiap minggu ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sehat dan cergas di kalangan masyarakat terutamanya kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur.
Aktiviti Senamrobik Mingguan ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, JBSWPKL dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Kuala Lumpur.
Sesi kedua minggu ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Belia), Penolong Pengarah (Rakan Muda), Pegawai-Pegawai Kawasan serta kakitangan JBSWPKL.
BUKIT KIARA, 8 Mac 2023: Program Senamrobik Mingguan JBSWPKL telah diadakan di Dataran Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, KL.
Aktiviti Senamrobik Mingguan Kali Ketiga ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, JBSWPKL dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Kuala Lumpur.
Sesi ketiga ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Belia), Penolong Pengarah (Rakan Muda), Pegawai Belia Dan Sukan Kawasan Batu/Wangsa Maju, Pegawai Belia Dan Sukan Kawasan Lembah Pantai serta pegawai-pegawai dan kakitangan JBSWPKL yang lain.
IYC BANDAR TUN RAZAK, 9 Mac 2023: Telah berlangsung Program Pengenalan Muaythai OKU Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak bermula pada 7 hingga 9 Mac 2023.
Program anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, JBSWPKL dengan kerjasama Persatuan Muaythai Kuala Lumpur dan Persatuan Muaythai Malaysia telah diakhiri dengan Majlis Perasmi Penutup Program pada 9 Mac 2023 (Khamis) yang disempurnakan oleh YBhg, Encik Asmori bin Hj Sa'ahari, Pengarah JBSWPKL.
Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Encik Nordin bin Abd Ghani, wakil Caw. Pem. Sukan OKU JBSN, Encik Stephan Fox, Setiausaha Agong International Federation of Muaythai Association, Encik Mohd Kamal bin Mohd Nor, Presiden Persatuan Muaythai KL, Encik Saiful Nizam bin Mohd Shahar, Timb. Setiausaha Agong Persatuan Muaythai Malaysia.
Program yang telah disertai seramai 60 orang peserta OKU daripada seluruh negeri serta urusetia yang bertugas telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan Muaythai khususnya dan sukan baru OKU amnya.
PUTRAJAYA, 11 Mac 2023: Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur & Pejabat Belia Dan Sukan Kawasan Putrajaya dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Fievo, telah menganjurkan Program Fit@Community bertempat Dewan Podium KBS, Putrajaya bagi aktiviti Senamrobik; di Sekitar Persiaran Perdana Putrajaya bagi aktiviti Fun Run/Fun Walk.
Program yang bakal dilaksanakan sebanyak 10 Siri ini akan diadakan di sekitar kawasan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya di mana pengisian utama program adalah aktiviti Senamrobik dan Joging/berlari/berjalan.
Pada Siri 1 yang lalu, aktiviti Cabutan Bertuah juga diadakan bagi merancakkan serta meraikan para peserta yang mengambil bahagian. Hadiah Cabutan Bertuah telah disampaikan oleh Encik Khairuddin bin Khalid, Pegawai Pem. Kecergasan Nasional JBSWPKL dan Encik Nik Mohd Fitra bin Wan Jaffar, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya.
PUTRAJAYA, 11 Mac 2023: Telah berlangsung dengan jayanya Program Aktif @ Sukan Tradisional yang bertempat di Dewan Serbaguna KBS, Blok Podium, Putrajaya pada 11 Mac 2023 (Sabtu).
Program yang melibatkan beberapa aktiviti sukan di antaranya Congkak, Batu Seremban, Dam Aji, Chaptey & Sepak Raga Bulatan telah mendapat sambutan yang baik dengan kerjasama penganjuran daripada Persatuan Sukan Tradisional Malaysia (SUTRA).
Program tersebut juga telah didatangi oleh YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan yang turut mencuba beberapa aktiviti sukan tradisional di venue.
Majlis Perasmian Penutup serta penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Asmori bin Haji Sa'ahari, Pengarah JBSWPKL dan YBhg. Puan Norazimah binti Syahrial, Timbalan Pengarah JPNIN WP Putrajaya.
Turut hadir bersama Encik Md Radzuan bin Abu Samah, Presiden SUTRA bersama Ahli-ahli Persatuan selaku urusetia program.
BUKIT KIARA, 15 Mac 2023: Program Senamrobik Mingguan JBSWPKL telah diadakan di Gelanggang Futsal KRM, Bukit Kiara.
Aktiviti Senamrobik Mingguan Kali Keempat ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, JBSWPKL dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Kuala Lumpur.
Program Kecergasan ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada seluruh kakitangan JBSWPKL tentang kepentingan bersukan demi kesihatan diri dan kesejahteraan bersama.
4 Mac 2023, Paroi - Pegawai Belia dan Sukan, Encik Javiques Badana anak Joannis dan Pembantu Tadbir Puan Faridah binti Samsudin turut terlibat sebagai peserta acara Karom SUKMEP 2023.