TAKLIMAT GERAN PADANAN SUKAN (GPS) KBS BERSAMA JBS NEGERI
PAUTAN ZOOM, 31 Mei 2023: Pada hari ini, info penting mengenai taklimat Geran Padanan Sukan (GPS) telah diadakan secara dalam talian melalui platform video Zoom. Taklimat yang melibatkan semua Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri bertujuan memberi penerangan terperinci mengenai proses dan kriteria permohonan geran tersebut yang akan dibuka permohonannya pada 1 Jun 2023.
Pegawai daripada Cawangan Pem. Sukan Rekreasi dalam taklimatnya menjelaskan mengenai syarat-syarat permohonan geran, kriteria penilaian serta proses semakan dan kelulusan permohonan. Pengetahuan mendalam dalam hal ini diperlukan untuk memastikan agar geran yang diberikan sesuai dengan matlamat pembangunan sukan setempat.
Turut hadir bersama dalam taklimat adalah Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan WPKL, Timbalan Pengarah (Sukan), Pegawai Sukan di Bahagian Pembangunan Sukan serta wakil PBSK.
Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Encik Azhari bin Mohammad juga turut memberikan ulasan mengenai GPS kemudian disusuli dengan sesi soal jawab.
Diharapkan taklimat ini akan memberi langkah ke hadapan dalam pelaksanaan GPS serta memperkuatkan lagi kerjasama antara semua pihak yang terlibat.

- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 56