BANDAR TUN RAZAK, 17-19 Februari 2023: Telah berlangsung Program Pengenalan Sukan Takraw OKU Peringkat Kebangsaan yang disertai seramai 37 orang OKU seluruh negeri yang bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak, KL.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik di kalangan OKU pelbagai Kategori bagi mendapat pendedahan asas Sukan Takraw khususnya; serta bagi membudayakan Sukan OKU dalam pelbagai aspek.
Program anjuran Bahagian Pem. Sukan, JBSWPKL itu telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Masyarakat Bolarotan Bukit Bintang.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 57