KAMPAR, 23 November 2022:Telag berlangsung Program Kem Bakat Badminton KBS 2022 Peringkat Zon Tengah pada 21 hingga 23 November 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak. Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Perak bertindak selaku tuan rumah serta penglibatan bersama JBS WP Kuala Lumpur dan JBS Negeri Selangor.
Seramai 60 orang peserta yang mewakili 3 buah negeri mengikuti kem bakat badminton yang dikelolakan oleh Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang diketuai Presiden Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Hj Sidek dan Ketua Jurulatih Datuk Hj Misbun Dato Hj Sidek.
PROGRAM REBEN KUNING (AKTIVITI SUKAN DAN SUKARELAWAN BERSAMA PROGRAM FIT FOREVER PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 26 NOVEMBER 2022:Telah berlangsung PROGRAM REBEN KUNING (AKTIVITI SUKAN DAN SUKARELAWAN BERSAMA PROGRAM FIT FOREVER PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR bagi siri yang terakhir bersama Jabatan Penjara Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur melibatkan ODP dan PKW di bawah urus tadbir Pejabat Parol WPKL.
Pada sesi ini seramai (14) Pegawai Penjara, ODP, OBB dan PKW dari ketiga-tiga daerah telah hadir menyertai program ini, dimana 10 peserta daripadanya adalah merupakan peserta Program Reben Kuning yang sedang dijalankan di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Objektif Program Reben Kuning ini adalah untuk memberi peluang kedua kepada bekas banduan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik di mata masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan bagi siri yang terakhir ini adalah para peserta reben kuning telah menjadi sukarelawan sepanjang Program Fit Forever Peringkat Kawasan Titiwangsa berlangsung dan para peserta juga turun menyertai aktiviti sukan seperti Bubble Walk 3KM dan Zumba.
Sebagai tanda penghargaan daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan WPKL, sesi penyampaian cenderamata turut disampaikan oleh Puan Malahayati binti Zahlan kepada Pihak Jabatan Penjara WPKL sebagai tanda kenang kenangan.
MAJLIS SELAMAT DATANG DAN MENAIKKAN BENDERA KONTINJEN SUKAN PARA SUKMA EDISI KE 20 MSN 2022
BUKIT JALIL, 31 Oktober 2022:Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia XX MSN 2022, YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan telah hadir pada Majis Selamat Datang dan Menaikkan Bendera Kontinjen Sukan Para SUKMA XX MSN 2022 yang berlangsung di Dewan Banquet Casa 4, MSN.
YBhg. Dato’ KSU juga mengucapkan Selamat Datang kepada semua 15 Kontinjen Negeri daripada seluruh Malaysia ke majlis pagi ini.
Upacara menaikkan bendera ini merupakan simbolik bagi meraikan secara rasmi kehadiran Delegasi Kontinjen Negeri untuk temasya yang dijadualkan pada 1 hingga 6 November nanti.
JUNIOR JUMP ROPE PERINGKAT KEBANGSAAN TAWAR HADIAH HAMPIR
RM10,000
Kuala Lumpur, 1 Oktober 2022:Sedang berlangsung ketika ini Program Junior Jump Rope Peringkat Kebangsaan 2022 bertempat di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persekutuan Lompat Tali Malaysia ini disertai sebanyak 80 pasukan, dengan penyertaan kira-kira seramai 1000 peserta dari seluruh Negara.
Pelaksanaan pada kali ini berkonsepkan pertandingan dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM10, 000.00.
KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2022 – Telah berlangsung Pertandingan Bowling 1000 Liga Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Siri 1 bertempat di Mega Lanes Kuala Lumpur, Endah Parade.
Pertandingan ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Ketua Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Tuan Mohd Azhari Mohammad dan majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Abd. Aziz Bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan KBS. Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur, En. Asmori B. Sa’ahari.
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN & PELANCARAN BAJU KONTIJEN PARA SUKMA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2022: Bersempena dengan Para Sukma 2022 yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 November 2022, YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah meluangkan masa untuk menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada ketua kontinjen Para Sukma Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tuan Asmori bin Hj Sa'ahari di dalam satu majlis yang telah diadakan di Residensi UTMKL.
Pada edisi kali ini sebanyak 9 acara sukan yang akan disertai oleh kontinjen Para Sukma Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu acara renang, boccia, badminton, boling padang, olahraga, catur, memanah, tenpin bowling dan ping-pong.
Turut menghadiri di majlis tersebut adalah YBhg. Dato' Seri Megat D. Shariman bin Dato' Zaharudin, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan YBrs. Encik Khairul Azmir bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL.
TEMU SERU DAN JALINAN KASIH PENGISIAN PROGRAM REBEN KUNING WPKL
BUKIT KIARA, 27 Oktober 2022:Telah berlangsung Program Temu Seru & Jalinan Kasih anjuran Pejabat Parol WPKL dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan WPKL melibatkan ODP/OBB/PKW di bawah urus tadbir Pejabat Parol WPKL.
Pada sesi ini seramai (18) ODP, OBB dan PKW dari ketiga-tiga daerah telah hadir menyertai program ini, dimana 10 peserta daripadanya adalah merupakan peserta Program Reben Kuning yang sedang dijalankan di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Objektif Program Reben Kuning ini adalah untuk memberi peluang kedua kepada bekas banduan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik di mata masyarakat. Antara pengisian program ini adalah sesi kauseling kekeluargaan yang telah dikendalikan oleh En. Abd Haris Mohd Darudin, Pegawai Psikologi S44 Penjara Kajang, perkongsian pengalaman bekas ODP dan juga sembang santai Pegawai Pejabat Parol bersama ODP/OBB/PKW, ahli keluarga, majikan dan NGO. Turut serta adalah 10 ahli keluarga ODP/OBB/PKW, 9 Syarikat yang berkolaborasi bersama pihak Parol WPKL dan 3 NGO.
Program ini juga diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada Unit Kesenian IPPM. Majlis penutup telah disempurnakan oleh PKK Kamarulzaman bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Selangor & WPKL. Turut hadir bagi memeriahkan majlis penutup ialah Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan WPKL.
MESYUARAT PENGURUSAN BULANAN JABATAN BILANGAN 3/2022
BUKIT KIARA, 26 Oktober 2022: Sedang berlangsung Mesyuarat Pengurusan Bulanan Jabatan Bilangan 3/2022 melibatkan pegawai kanan Jabatan. Mesyuarat dimulakan dengan Bacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam dan Bebas Rasuah dipimpin oleh Tuan Asmori bin Haji Sa’ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.
Diantara intipati mesyuarat adalah pembentangan Laporan Bahagian, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan (KOMBES), Pejabat Belia dan Sukan Kawasan, laporan prestasi perancangan perolehan serta prestasi Media Jabatan.
BUKIT KIARA, 25 Oktober 2022:Fit Forever Peringkat Kawasan Lembah Pantai bakal dilaksanakan bulan hadapan!! Pagi ini, PBSKLP telah memulakan gerak kerja dengan mengadakan perbincangan dengan Puan Siti Belinda dari Persatuan Senamrobik WP Kuala Lumpur dan En. Zaidy dari Fiestar Fitdanz Aerobics Club bagi melaksanakan program ini.
Fit Forever peringkat Lembah Pantai akan direncanakan pada 26 November 2022 di The Sphere, Bangsar South dengan sasaran penyertaan seramai 200 orang. Antara pengisian aktiviti ialah senamrobik perdana, Fun Walk, Aerobicthon, Fitness Challenge, Pemeriksaan Asas Kesihatan dan Cabutan Bertuah.
Sahabat, warga Lembah Pantai yang berdekatan, jemput lah datang ke program kecergasan ini agar ia dapat menjadi pemangkin kepada gaya hidup aktif anda.
Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk peserta dan juga untuk pengunjung.
Sentiasa ikuti update kami mengenai bagaimana untuk sertai program ini. Kami akan kongsikan maklumat lanjut di media sosial PBSKLP.
Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur