MAJLIS PENYERAHAN BENDERA PASUKAN LIGA TUNAS (MILL) WPKL 2022
Bukit Kiara, 20 Oktober 2022:Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Liga Tunas (Mill) Kuala Lumpur 2022 yang telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur Tuan Asmori bin Haji Sa’ahari bertempat di Kompleks Rakan Muda JBSWPKL.
Sebanyak 3 pasukan akan mewakili pasukan Kuala Lumpur iaitu bawah 12 tahun lelaki, 16 tahun lelaki dan 16 tahun perempuan.
Turut hadir Timbalan Pengarah Sukan JBSWPKL En. Halman bin Salleh dan Penolong Pengarah JPNKL En. Mohd Nazri bin Musa.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 74