BUKIT KIARA, 18 Januari 2022: Bahagian Pembangunan Belia telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil 1/2023 melibatkan seluruh kakitangannya yang telah dipengerusikan oleh En. Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah Belia.
Diantara amanat dan hasrat TPB kepada seluruh kakitangan agar tahun baharu ini menyuntik semangat kerja berpasukan dengan mencapai target melalui peningkatan kualiti serta produktiviti kerja khususnya demi pembangunan belia Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Turut diadakan sesi brainstorming kaedah yang bertepatan mengenai perancangan awal bagi program-program tahunan yang bakal tiba termasuklah cadangan kerjasama bersama agensi dan NGO bagi pengemaskinian data serta program bukan profil bagi tahun 2023.
Dikesempatan ini juga Bahagian Pembangunan Belia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat yang meraikannya. Gong Xi Fa Cai

- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 67