PORT DICKSON, 24 Februari 2023: Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur sahut cabaran KBS untuk mengatur strategi bagi perancangan pelaksanaan program dengan nafas baharu selepas menghadiri Bengkel Pelaksanaan Program Bahagian Pembangunan Belia Tahun 2023 bertempat di Negeri Sembilan.
Bengkel selama tiga hari itu telah dihadiri oleh ketiga-tiga Ketua Unit BPB JBSWP Kuala Lumpur iaitu Puan Normiza (Ekonomi), En. Khairi (Sosial) dan En. Hairiezal (Pembangunan & Kepimpinan Sahsiah). Bengkel ini bertujuan untuk menyelaraskan pelaksanaan dan memberi penerangan hala tuju program-program beli di peringkat negeri, bahagian dan daerah.
Pelbagai strategi pelaksanaan program pembangunan belia yang bersesuaian telah dibincangkan untuk dilaksanakan di peringkat akar umbi agar mencapai KPI Kementerian termasuklah memantapkan fungsi Pegawai Belia dan Sukan serta rakan kongsi yang bakal terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa pelaksanaan program nanti.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 37