19 Januari 2023, Bandar Tun Razak - Sesi lawatan kedua telah diadakan pada pagi ini ke Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik Sg. Besi di Parlimen Bandar Tun Razak.
Lawatan ini bertujuan untuk mengemaskini senarai kemudahan dan fasiliti sukan yang berada di Parlimen Bandar Tun Razak.
CHERAS, 19 Januari 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Cawangan Cheras, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diketuai oleh Encik Javiques Badana Anak Joannis dan kakitangan di Cheras Business Centre.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara PBSK dan pejabat cawangan DBKL selain bertukar pandangan mengenai generasi muda dan pengamal sukan di sekitar parlimen Cheras demi kepentingan bersama.
Bukit Kiara, 5 Jan. 2023 - Mesyuarat Penyelarasan Bil 1/2023 PBSK Kepong Segambut telah diadakan hari ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohammad Pauzi bin Paiman, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong / Segambut membincangkan aktiviti yang telah diselesaikan sepanjang Tahun 2022 dan strategi 2023.
Sepanjang tahun 2022, PBSK Kepong Segambut telah meraih Anugerah PBSK Terbaik, Anugerah Khas Pengarah dan Anugerah Pekerja Cemerlang (Bulanan).
Encik Mohammad Pauzi berharap semoga semangat kerja berpasukan dapat dikekalkan untuk pembangunan belia di Kawasan Kepong dan Segambut.
Putrajaya, 27 Februari - Satu sesi perbincangan dan refreshner mengenai pengendalian media sosial dan portal rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negara telah diadakan di makmal komputer, aras 14 Menara KBS. Bengkel seumpama itu disertai oleh pegawai media dan portal dari setiap agensi dan jabatan di bawah Jabatan Belia Sukan Negara.
Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disertai Encik Syafiq Asyraf Bin Zulkarnain selaku pegawai portal. Bengkel dimulakan dengan penerangan slide daripada Encik Fadzil Hadri Bin Mohd Nawawi dan diteruskan dengan bengkel TOT portal yang disampaikan oleh Pegawai Teknologi Maklumat Kementerian Belia dan Sukan. Antara yang disampaikan adalah cara dan kaedah memuatnaik berita di portal jabatan dan aspek teknikal berkenaan portal bagi memudahkan proses memuat naik berita dilakukan oleh setiap pegawai portal negeri.
BUKIT KIARA, 27 Disember 2022: Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir meluangkan masa meninjau Kiara Skatepark yang terletak di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara selepas hadir merasmikan Kejohanan Lawn Bowl Kuala Lumpur Open Four Championship.
Komuniti ekstrem juga mengambil peluang untuk meluahkan pandangan dan juga cadangan mereka kepada YB serta berharap dapat meneliti isu isu yang diketengahkan.
Turut berlangsung penyerahan rasmi kunci Kiara Skatepark kepada Tuan Asmori Bin Hj Sa'ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur bersama Tuan Azhari Bin Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dan En. Hafiz bin Fauzi, Naib Presiden 3 MYSKATE
LEMBAH PANTAI, 17 Dis 2022-: Telah berlangsungnya program Fit And Active Family dan Aktif@Sukan Tradisional Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah berlangsung di perkarangan PPR Kerinchi Blok A. Program ini adalah dengan kerjasama MAYC Lembah Pantai.
Antara pengisian acara adalah pertandingan tarik tali, sepakraga bulatan, pertandingan dam aji, congkak, aerobic challenge, Liga sepakan penalti dan bola jaring serta sports massage.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Tuan Asmori bin Haji Sa'ahari.
BUKIT KIARA, 14 Disember 2022: Bahagian Pengurusan, PBSK Cheras/ Bandar Tun Razak serta PBSK Putrajaya telah menjadi hos penganjuran Perhimpunan Mesra Bulanan bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, WP Kuala Lumpur pada hari ini.
Perhimpunan dimulai dengan Nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan Maju Sejahtera. Seterusnya diikuti dengan bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam yang dipimpin oleh En. Javiques Badana Anak Joaanis, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/ BTR.
Amanat kepada semua pegawai dan kakitangan telah disampaikan oleh Tuan Pengarah, En. Asmori bin Haji Sa’ahari. Beliau juga turut menyampaikan Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan, Anugerah Khas Pengarah, Anugerah Portal Terbanyak 2022, Anugerah Pejabat Cemerlang dan Cenderahati kepada pegawai bertukar keluar.
Turut diadakan taklimat “Program Pengajian di Peringkat Prasiswazah dan Siswazah secara Sepenuh Masa dan Separuh Masa” disampaikan oleh wakil daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sambutan Hari Lahir warga JBSWPKL.
LEMBAH PANTAI, 26 November 2022: Program Fit Forever Peringkat Kawasan Lembah Pantai telah selesai dilaksanakan dengan jaya dan meriah pada 26 November 2022.
Program dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan kawasan Lembah Pantai, Persatuan Senamrobik Kuala Lumpur dan The Sphere Bangsar South.
Seramai 300 orang telah menyertai program ini dan mengikuti kesemua aktiviti antaranya Senamrobik Perdana, Fun Walk, Aerobikthon dan Fitness Challenge. Program bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 12 tenghari.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta serta barisan urus setia.
KURSUS FOOTGOLF PEGAWAI BELIA DAN SUKAN JBSWP KUALA LUMPUR
Bukit Kiara, 16 Nov 2022 - Telah diadakan Kursus Sukan Footgolf Pegawai Belia dan Sukan JBSWPKL.
Kursus 2 hari ini melibatkan teori ( KRM Bukit Kiara) dan praktikal (Bukit Jelutong Golf Club). Kursus dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBSWPKL dan setiap pejabat diwakili 2 orang pegawai.
Kawasan Kepong / Segambut diwakili oleh Encik Mohammad Pauzi bin Paiman bersama Encik Daniel bin Shaari.
Semoga sukan ini mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia.
Majlis Penutup disempurnakan oleh Yg. Brs. Encik Asmori bin Hj Sa'ahari, Pengarah JBSWPKL.