MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM MALAYSIA-KOREA FRIENDLY SPORTS GAME CELEBRATING 40TH ANNIVERSARY OF LOOK EAST POLICY (LEP)
MENARA KBS, 1 Ogos 2023: Satu Mesyuarat Penyelarasan yang telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Ketua Pengarah JBSN sempena Program Malaysia-Korea Friendly Sports Game Celebrating 40th Anniversary of Look East Policy (LEP) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 14, Menara KBS.
Mesyuarat telah membincangkan berkaitan jalinan kerjasama dalam penganjuran program tersebut serta penyelarasan tindakan semua pihak yang terlibat mengikut pembahagian tugas-tugas yang telah diputuskan serta dipersetujui.
Turut hadir bersama adalah Korean Sport Council, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN, Pengarah-pengarah Cawangan Sukan JBSN dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSWPKL, Pegawai Penggalakan Dan Pembangunan Sukan JBSWPKL dan wakil Unit Antarabangsa JBSN.
Semoga gerak kerja awal yang diatur akan berjalan lancar dan program yang bakal diadakan pada 10 September 2023 berjaya mencapai objektif dan sukses.
PROGRAM RAKAN MUDA SKILLS FOR LIFE: LEARNING THE ART OF APPETIZER & DESSERT - MEMBANGUN KEMAHIRAN KULINER DALAM BELIA
BATU MUDA, 6 Ogos 2023 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Rakan Muda Skills for Life bertajuk "Learning the Art of Appetizer & Dessert". Program ini berlangsung pada 6 Ogos 2023 di Kompleks Darul Kifayyah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, dengan matlamat mendorong dan membina kemahiran kuliner dalam kalangan belia.
Sejumlah 20 pelajar wanita telah menyertai program ini yang dijalankan dengan kerjasama dari barisan tenaga pengajar daripada Kolej Ikhtisas Seremban. Kelas ini dikendalikan oleh pakar-pakar kuliner yang berpengalaman dalam menyediakan hidangan pembuka selera (appetizer) dan pencuci mulut (dessert) yang kreatif dan menyelerakan.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar kepada seni memasak dan menghias hidangan pembuka selera dan pencuci mulut yang menarik dan berkualiti. Mereka diajar tentang teknik-teknik asas dalam menyusun hidangan, pemilihan bahan-bahan yang berkualiti, serta panduan dalam penyediaan hidangan yang seimbang dan berkhasiat.
"Pengenalan kepada seni memasak dan penyediaan hidangan adalah penting dalam membina kemahiran praktikal dan kreativiti dalam kalangan belia. Program ini memberi mereka peluang untuk belajar dan menguasai kemahiran kuliner yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian," kata Puan Nor Safinah Haya, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Pelajar-pelajar yang menyertai program ini mendapat peluang untuk belajar dan mempraktikkan teknik-teknik penyediaan hidangan pembuka selera dan pencuci mulut dengan bimbingan tenaga pengajar yang berdedikasi. Mereka diajar bagaimana menyusun hidangan dengan komposisi yang menarik, penggunaan warna-warna yang sesuai, serta cara menghias hidangan dengan kreativiti.
Program ini diakhiri dengan sesi penyerahan sijil kepada para peserta sebagai pengiktirafan atas penyertaan dan pencapaian mereka dalam mempelajari seni memasak. Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSWP Kuala Lumpur berharap bahawa program seperti ini akan terus memberi manfaat kepada belia kota dalam mengembangkan kemahiran dan kreativiti dalam bidang kuliner, serta memupuk minat dalam seni memasak sebagai salah satu aspek penting dalam pembangunan diri.
PROGRAM RAKAN MUDA SKILLS FOR LIFE: BODY THERAPY @ HOME MEMPERKASA BELIA DALAM KEMAHIRAN URUTAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN DI RUMAH
BATU MUDA, 6 Ogos 2023 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Rakan Muda Skills for Life bertemakan "Body Therapy @ Home". Program ini berlangsung pada 6 Ogos 2023 di Kompleks Darul Kifayyah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, dengan tujuan utama untuk memperkasa belia dalam kemahiran urutan dan penjagaan kesihatan di rumah.
Seramai 20 pelajar telah menyertai program ini yang dijalankan dengan kerjasama daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat. Kelas ini dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar berpengalaman dari IKBN Kuala Langat yang pakar dalam bidang urutan dan penjagaan kesihatan.
Dalam program yang berlangsung selama satu hari ini, pelajar-pelajar telah diajar tentang pelbagai kemahiran penting dalam bidang penjagaan kesihatan dan urutan, termasuk teknik urutan korporat, penggunaan first aid kit, serta asas urutan untuk kegunaan di rumah.
"Program Rakan Muda Skills for Life: Body Therapy @ Home ini adalah langkah penting dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada belia untuk menguruskan diri sendiri dan keluarga di dalam persekitaran rumah," kata Puan Nor Safinah Haya, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini turut mendapat pengalaman praktikal dengan sesi latihan amali di bawah bimbingan tenaga pengajar yang berdedikasi. Mereka diberi peluang untuk menguji dan mengasah kemahiran mereka dalam urutan serta tindakan kecemasan dalam penjagaan kesihatan.
Program ini diakhiri dengan sesi penyerahan sijil kepada para peserta sebagai pengiktirafan atas penyertaan dan pencapaian mereka dalam menguasai kemahiran-kemahiran baru. Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSWP Kuala Lumpur berharap bahawa program seperti ini akan terus memberi manfaat kepada belia kota dalam membentuk generasi yang lebih berpengetahuan dan mahir dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga, serta memberi sumbangan positif kepada masyarakat.
PROMOSI RAKAN LITAR MERIAHKAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG WPKL 2023
LEMBAH PANTAI, 4 Ogos 2023 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan promosi RAKAN MUDA : Rakan Litar sempena Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 2023. Acara tersebut berlangsung pada 4 Ogos di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Persatuan Pelumba Motorsikal Malaysia (MMRA).
Promosi Rakan Litar ini bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme dan mempromosi Program Rakan Litar ayang akan diadakan pada September nanti. Pameran ini diwakili oleh tiga pegawai dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu Encik Mohamed Nazeri, Encik Syafiq Asyraf, dan Encik Mohd Sudin.
JBSWPKL bergerak tegas dalam usaha mempromosikan Rakan Litar sebagai wadah pembangunan bakat dan kepimpinan belia. Acara ini telah diperkayakan dengan kerjasama MMRA yang memberikan sokongan dalam menghidupkan suasana melalui persembahan berprestij yang diwakili bekas pelumba negara iaitu Shahrol Yuzi dan Wazi Abd Hamid.
Serba sedikit tentang Rakan Litar: Ia adalah inisiatif yang membangkitkan semangat sukan dan pembangunan kepimpinan di kalangan belia. Litar ini membantu mereka dalam mempelajari nilai-nilai disiplin, keberanian, dan kecemerlangan dalam sukan motor.
Puncak acara ini mencapai kemuncaknya apabila Yang Hormat Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang. Beliau menggariskan pentingnya semangat patriotisme dan kesatuan dalam masyarakat muda serta memberikan sokongan kepada usaha-usaha seperti Rakan Litar yang menyumbang kepada pembangunan generasi akan datang.
Program ini turut dimeriahkan dengan pameran motorsikal cubprix yang bertujuan untuk membina semangat sukan bermotor di kalangan belia. Semua hadirin turut dapat menikmati pameran berkaitan sukan motor serta pertunjukan aksi menarik oleh pelumba-pelumba berbakat.
Promosi Rakan Litar adalah satu langkah positif dalam mengekalkan semangat sukan dan patriotisme dalam kalangan belia. Bahagian Pembangunan Rakan Muda WPKL, bersama dengan sokongan MMRA, berharap usaha ini akan terus membara dan mengukuhkan lagi semangat kesukanan dan kesatuan di kalangan belia WPKL.
PERANCANGAN PEMBANGUNAN BELIA/ KOMUNITI SUNGAI PENCHALA.
Sungai Penchala, 4 Ogos 2023 - satu perbincangan program Rakan Muda telah diadakan bersama Persatuan Anak Jati Sg Penchala dan Persatuan Penduduk Sg Penchala.
Pertemuan kali pertama ini membincangkan pelaksanaan Skills 4 Life yang bakal diadakan pada 13 Ogos 2023. Antara kemahiran yang dicadangkan ialah gunting rambut / manicure & pedicure.
Persatuan Anak Jati Sg Penchala dan Persatuan Penduduk Sg Penchala diwakili oleh Encik Wan, Encik Kamaruzaman dan Encik Zaini. PBSK Kepong Segambut dihadiri oleh Encik Halman, Cik Nazra Hanim & Puan Norlida.
Pengerusi Persatuan mengucapkan terima kasih atas kesudian untuk mengadakan perbincangan ini memandangkan persatuan perlu mendapat pencerahan berkaitan program di bawah Pejabat Belia dan Sukan.
Beliau berharap agar program pembangunan komuniti perlu ada bagi memajukan komuniti di Sg Penchala termasuk belia dan remaja.
RAKAN BUMI - PLOGGING@COMMUNITY MULAKAN PROGRAM RAKAN MUDA
Bandar Menjalara, 3 Ogos 2023 - Jom semarakkan program Plogging@Community yang dijalankan di Bandar Menjalara. Program yang diadakan pada Sabtu, 6 Ogos 2023 ini akan melibatkan komuniti perumahan di Bandar Menjalara dan pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL).
Hari inI, PBSK Kepong/Segambut telah menghantar barangan untuk tujuan plogging pada hari Sabtu ini. Kehadiran disambut oleh Puan Che Rogayah (PK Koko), Ustad Hafizul serta Ustad Wan Jamaluddin, Pengetua SMAKL.
Semoga aktiviti ini menjadi penghubung kepada aktiviti pembangunan komuniti dì Menjalara.
Yang berminat untuk sertai aktiviti ini, daftar di EMYIND dan hadir ke SMAKL pada 5 Ogos 2023 seawal jam 8.00 pagi.
LAWATAN MENGEJUT PENGARAH KE PEJABAT BELIA & SUKAN KAWASAN KEPONG/ SEGAMBUT
Bukit Kiara, 3 Ogos 2023 - Encik Asmori bin Haji Sa'ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan mengejut ke PBSK Kepong/ Segambut petang tadi.
Melalui lawatan ini, Pengarah dimaklumkan tentang keadaan pejabat, status Majlis Belia Kawasan, aktiviti pembangunan belia, sukan, rakan muda serta pengurusan pejabat.
Encik Halman bin Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan juga telah memberikan taklimat ringkas kepada Pengarah berkaitan PBSK Kepong/ Segambut.
SERTAI KURSUS ASAS SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA)
Tarikh: 19-22 Ogos 2023
Tempat: Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara
Jom! Sertai kursus asas Satria, wadah untuk anak muda berjiwa patriotik dan bertenaga!!!
Jadi sebahagian daripada generasi SATRIA 2023! Bergabunglah dengan kami dalam kursus ASAS Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) yang diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Datang dan tingkatkan bakat dan kemahiran sukarelawan anda dalam membantu komuniti dan masyarakat setempat.
Kenali nilai-nilai patriotik dan semangat sukarela
Pelajari teknik-teknik bantuan kecemasan dan kesihatan
Kembangkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan
Libatkan diri dalam projek-projek kelestarian alam sekitar
Sertai SATRIA, dan jadilah agen perubahan dalam masyarakat! Bersama-sama kita akan membangun Malaysia yang lebih baik dan menyumbang kepada kebaikan bersama. Daftar sekarang dan ayuh, beraksi untuk negara!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi Mohd Sudin di:
012-687 9345
Jangan lepaskan peluang emas ini untuk jadi lebih berfaedah dan memberi impak positif buat anak Malaysia.
Lawatan Pegawai Kolej SPACE ke Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur: Kerjasama Program Rakan Muda Nafas Baharu
BUKIT KIARA, 2 Ogos 2023 - Pegawai daripada Kolej SPACE telah menjalankan lawatan ke Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2023. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengadakan perbincangan dengan Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dalam usaha untuk menjalin kerjasama bagi perlaksanaan Program Rakan Muda Nafas Baharu.
Program Rakan Muda Nafas Baharu merupakan inisiatif kolaboratif antara Kolej SPACE dan Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memberikan peluang pembelajaran dan pengembangan kepada belia kota. Program ini akan melibatkan kursus asas bahasa yang dijadualkan akan dijalankan di Kolej SPACE pada bulan September nanti.
Lawatan tersebut melibatkan perwakilan dari Kolej SPACE yang terdiri daripada Pengurus, Puan Nurul Jannatunnaim dan Ketua Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia dan Ketua Unit Hal Ehwal Kerjaya dan Pelajar, Encik Saiful Naim. Turut hadir dalam rombongan adalah Ketua Pusat Kerjasama, Cik Nurazizah.
Dari pihak Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, lawatan ini disambut baik dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Puan Nor Safinah Haya, serta En Mohamed Nazeri dan Encik Syafiq Asyraf Zulkarnain.
Dalam perbincangan yang berlangsung, kedua-dua pihak telah membincangkan rancangan pelaksanaan Program Rakan Muda Nafas Baharu dengan lebih terperinci. Mereka juga telah membincangkan tentang struktur kursus asas bahasa yang akan dilaksanakan di Kolej SPACE serta langkah-langkah untuk memastikan bahawa program ini memberikan manfaat dan impak positif kepada belia Kuala Lumpur.
Puan Nurul Jannatunnaim, Pengurus Kolej SPACE, berkata, "Kami sangat bersemangat untuk bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dalam usaha memperkukuhkan kemahiran bahasa belia di Kolej SPACE. Program Rakan Muda Nafas Baharu adalah langkah penting dalam menyokong perkembangan belia dan kami berharap ia akan memberikan pencerahan kepada mereka."
Puan Nor Safinah Haya, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, menyatakan, "Kami amat menghargai kerjasama daripada Kolej SPACE dalam menjayakan Program Rakan Muda Nafas Baharu. Ini adalah peluang yang baik untuk belia mempelajari bahasa serta meningkatkan potensi diri masing-masing."
Perbincangan tersebut berakhir dengan komitmen kedua-dua pihak untuk bekerjasama secara berkesan dan memastikan pelaksanaan Program Rakan Muda Nafas Baharu berjalan lancar. Kolej SPACE dan Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur yakin bahawa program ini akan memberikan manfaat yang besar kepada belia kota dalam aspek pendidikan dan pembangunan diri.