- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 59
PROGRAM INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA (Y2Y) PERINGKAT KAWASAN BATU TAHUN 2023
PROGRAM INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA (Y2Y) PERINGKAT KAWASAN BATU TAHUN 2023
Bandar Baru Sentul, 16 Ogos 2023 – Telah terlaksana program Intervensi Sosial dari Belia Untuk Belia (Y2Y) peringkat kawasan Batu bagi tahun 2023 bertempat di Dewan Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
Majlis ini dirasmikan oleh Cik Hajah Suzanna Khumariah binti Zainal Abidin, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, yang melibatkan seramai 100 orang pelajar Tingkatan 5 sekolah ini.
Dalam program ini, pelajar-pelajar didedahkan tentang penyalahgunaan dadah dan peluang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP oleh Puan Hafizah binti Muhammad Syakir, Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian Cenderamata dan sesi bergambar. Turut hadir ialah Cik Hazriati binti Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju serta pegawai-pegawai Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu/ Wangsa Maju.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 59