- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 53
PERTANDINGAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) TAHUN 2023 PERINGKAT KAWASAN BUKIT BINTANG
PERTANDINGAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) TAHUN 2023 PERINGKAT KAWASAN BUKIT BINTANG
19 Ogos 2023, Kuala Lumpur - Telah berlangsung Pertandingan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) 2023 Peringkat Kawasan Bukit Bintang bertempat di Menara PT80 DBKL dengan menyaksikan pasukan The Krose telah menjadi Johan pertandingan ini manakala Naib Johan daripada pasukan PWC A. Tempat Ketiga Bersama dimenangi oleh pasukan Starfire dan Friends.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Suriana Binti Ismail, Penolong Pengurus DBKL Cawangan Bukit Bintang. Turut hadir bersama En. Tun Mohd Muaazam B. Mustafa Al-Bakri, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang dan Puan Siti Belinda bt. Mohd Nor, Presiden Kelab Bina Badan Aero-Bell. Tahniah dan syabas kepada pemenang dan kesemua pasukan yang telah memeriahkan LSK Kawasan Bukit Bintang 2023.
Pejabat Belia Dan Sukan Kawasan Bukit Bintang mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan urusetia dan pegawai teknikal yang bertugas serta yang menjayakan kejohanan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat menyemarakkan lagi semangat kesukanan serta membudayakan masyarakat yang cergas dan sihat.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 53