Kuala Lumpur, 2 April 2024 - Sebuah mesyuarat penting telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Kiara Utama, JBSWP, bagi menyelaraskan persiapan dan pelaksanaan Hari Belia Negara Peringkat WPKL 2024. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai agensi dan NGO serta Pegawai-Pegawai Belia kawasan sebanyak 30 orang.
Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah perwakilan dari DBKL, Jabatan Pendidikan Wilayah, IPK KL, AADK WPKL, Jabatan Kesihatan WP KL, Jabatan Penerangan WPKL, Majlis Sukan WP, JPJ WPKL, FAMA WP, RELA WPKL, Jabatan Penyiaran Malaysia, PERKESO WPKL, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (Zon Tengah), Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Akademi Kemahiran Belia Golf, Pusat Darah Negara, Bank Islam Malaysia Berhad, Angkatan Pertahanan Awam WP, KPDNKK WPKL, dan JAWI.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah JBSWPKL dengan kerjasama daripada Majlis Belia WPKL. Antara perkara yang dibincangkan adalah pelaksanaan Hari Belia Negara Peringkat WPKL 2024 yang dijadualkan pada 18 dan 19 Mei 2024, di Kompleks Rakan Muda, Bukit Kiara.
Dalam mesyuarat ini, para peserta bersepakat untuk menyusun langkah-langkah berkesan bagi memastikan acara tersebut berjalan lancar dan memberi impak yang positif kepada belia-belia Kuala Lumpur. Ini termasuklah penganjuran pelbagai aktiviti dan program yang merangkumi aspek sukan, pendidikan, kesihatan, serta kebajikan belia.
Dengan kerjasama yang rapat antara agensi dan NGO yang terlibat, diharapkan Hari Belia Negara Peringkat WPKL 2024 akan menjadi platform yang bermakna bagi memperkasa serta memartabatkan belia sebagai tunjang masa depan negara.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 65