Bandar Baru Sentul, 15 Mei 2024 - Telah berlangsung sesi Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bertempat di Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul.
Taklimat disampaikan oleh Encik Mohammad Nazeri bin Gaib, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Majlis penyampaian sijil dan cenderahati telah disampaikan oleh Cik Magdelene Anak Manjah, Pegawai Belia dan Sukan Batu / Wangsa Maju. Turut hadir pegawai-pegawai PBSK Batu/ Wangsa Maju.
Wangsa Maju, 15 Mei 2024 - Telah berlangsung Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Wangsa Maju bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati dengan kerjasama Pertubuhan Suara Belia serta Majlis Belia Wangsa Maju .
Turut diadakan juga aktiviti Rakan Aktif ; Pertandingan Bola Tampar dan Pertandingan Bola Jaring. Sesi bersama Pertubuhan Belia dan Jom Masuk Persatuan turut diadakan dan disampaikan oleh Encik Yaser Arafat dari Pertubuhan Suara Belia.
Penyampaian hadiah serta sijil penyertaan disampaikan oleh Cik Hazriati Binti Abdul Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu dan Wangsa Maju. Turut hadir Presiden Majlis Belia Kawasan Wangsa Maju, Encik Muhammad Amin bin Noor Azman Shah.
Bandar Baru Sentul, 15 Mei 2024 - Telah berlangsung Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Batu bertempat di Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul dengan kerjasama Kelab Belia Sri Perak .
Turut diadakan juga aktiviti Rakan Mahir ; Pertandingan Memasak dan Rakan Prihatin ; Pertandingan Pertolongan Cemas.
Penyampaian hadiah serta sijil penyertaan disampaikan oleh Cik Magdelene Anak Manjah, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu dan Wangsa Maju. Turut hadir Pengerusi Kelab Belia Sri Perak, Encik Wan Mohd Uzaini Mohd Shariff serta pegawai-pegawai PBSK Batu/Wangsa Maju.
12/5/2024, Kerinchi- Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah selesai melaksanakan Klas Renang Kategori Warga Emas Fasa 1/2024 bertempat di RNJ Swimming Academy Branch di KL Gateway Mall, Kerinchi.
Sebanyak 6 sesi klas renang telah dijalankan bermula pada 27 April 2024 sehingga 12 Mei 2024 dengan penyertaan seramai 25 orang. Penglibatan warga emas yang berumur antara 60 hingga 75 tahun di sekitar kawasan Seputeh ini dapat menerapkan beberapa elemen sihatkan tubuh badan kepada warga emas serta meningkatkan minat dikalangan warga emas untuk terus membudayakan sukan.
Majlis penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ibrahim bin Mohamad Yussop, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh kepada semua peserta warga emas yang berjaya hadir ke 6 sesi yang telah diadakan.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PAWE, Pejabat Parlimen Kawasan Seputeh, orang perseorangan serta yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam merealisasikan Program Klas Renang Warga Emas Fasa 1/2024 Peringkat Kawasan Seputeh.
13 Mei 2024, Kiara - Warga kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh mengucapkan selamat datang kepada Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh yang baru bagi menggantikan Puan Intan Saruza binti Sabar.
Encik Azmee Amar Azwan telah hadir ke pejabat Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur pada pagi tadi untuk melaporkan diri sebagai tanda hadir menerima tugas sebagai Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh yang baru.
Warga PBSK Seputeh telah memberi sedikit taklimat ringkas kepada Encik Azmee Amar Azwan berkenaan program-program yang telah dan akan berlangsung sepanjang tahun 2024. Akhir sekali beliau berharap agar pegawai dan kakitangan di bawah seliaan beliau dapat memberikan kerjasama yang padu serta bekerja dalam satu pasukan.
SEKITAR PPR WPKL, 5 Mei 2024: Pelaksanaan Program Senamrobik Komuniti Peringkat WP Kuala Lumpur 2024 yang belibatkan 44 sesi di sekitar PPR dan PA telah disambung semula setelah berehat selama Bulan Ramadhan yang lalu.
Pada kali ini, para Pegawai daripada Majlis Pengurusan Tertinggi (MPT) KBS telah membuat sesi pemantauan dan turun ke semua lokasi pelaksanaan program ini yang berlangsung pada 4 dan 5 Mei 2024.
Pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Sukan JBSWPKL juga turun padang membantu pengurusan pihak PBSK dan Pegawai Kawasan yang didatangi oleh MPT KBS.
Di antara pegawai MPT yang hadir bagi menjayakan program serta mengikuti sesi senamrobik tersebut adalah KSU KBS, TKSU (P), TKSU (S), SUB (PN), SUB (SM), PPB (ROY), Pengarah IYC, Ketua Akauntan KBS, CEO ISN dan beberapa orang pegawai MPT KBS yang lain.
Bahagian Pem. Sukan JBSWPKL yang diketuai oleh En. Mohammad Pauzi bin Paiman, TP Sukan telah mengetuai sesi pemantauan oleh pegawai sukan negeri ke beberapa lokasi yang telah ditetapkan.
Semoga penganjuran program dan penyertaan yang memberangsangkan di setiap PPR dan PA ini akan berterusan sehingga penghujung tahun di mana program yang merupakan KPI Menteri KBS ini mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan.
DATARAN MERDEKA, 4 Mei 2024: Bahagian Pembangunan Sukan JBSWPKL dengan kerjasama DBKL skali lagi telah mengadakan Program Tayangan Skrin Besar Peringkat WP Kuala Lumpur iaitu Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas 2024 (Malaysia bertemu China) dengan kehadiran hampir 2000 orang penonton memenuhi ruang Dataran Merdeka.
Perlawanan yang diadakan di Chengdu, China telah menyaksikan pertempuran yang hebat di antara kedua-dua negara. Skuad Malaysia telah mempamerkan aksi yang sungguh luar biasa namun tuah menyebelahi tuan rumah China yang akhirnya berjaya memadamkan harapan Malaysia untuk ke Peringkat Akhir setelah tewas 1 - 3 kepada China dalam edisi kali ini.
Turut hadir pada program tersebut ialah En. Mohd Nizam bin Haji Ismail, Pengarah JBSWPKL, En. Mohd Yazid bin Rahim, wakil Pegawai Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL serta barisan Urus Setia daripada JBSWPKL.
Walaupun penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke 'final' berterusan namun semangat juang harus dipuji dan semoga kejayaan menjadi milik Malaysia pada edisi akan datang
BUKIT KIARA, 3 Mei 2024: Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Bahagian Pembangunan Sukan Tahun 2024 yang melibatkan beberapa program yang perlu dilaksanakan dalam tempoh terdekat telah dibincangkan dan dipengerusikan oleh En. Mohammad Pauzi bin Paiman, Timbalan Pengarah Sukan JBSWPKL.
Mesyuarat yang telah dihadiri oleh semua Pegawai Belia dan Kawasan serta wakil pegawai sukan di setiap PBSK telah meneliti serta memahami konsep perlaksaan program-program yang bakal dijalankan di Peringkat Kawasan masing-masing. Pembentangan melibatkan program kawasan iaitu Liga Sukan Komuniti (LSK), Program Fit Komuniti dan Program Senaman Warga Emas telah dibuat oleh Ketua Unit di Bahagian Pembangunan Sukan JBSWPKL.
Sedikit pemakluman dan arahan terkini juga berkaitan Program Senamrobik Komuniti Peringkat WPKL dan persedian menjelang Hari Sukan Negara (HSN) juga telah diberikan oleh pengerusi kepada semua ahli mesyuarat.
Diharapkn gerak kerja serta perancangan yang teratur daripada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program-program di Peringkat Kawasan ini nanti dapat memberi impak yang baik kepada pembangunan sukan di peringkat kawasan masing-masing di WP Kuala Lumpur khususnya.
Kuala Lumpur, 2 April 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat WP Kuala Lumpu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kiara Utama. Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang ini dipengerusikan oleh Pengarah JBSWPKL sendiri.
Mesyuarat ini merupakan hasil kerjasama bersama Pejabat YBTM, JBSN, PERKESO, DBKL, MBWP, AKBG, dan PBSK. Sebanyak 28 orang wakil dari agensi hadir ke mesyuarat ini dengan kesediaan mereka untuk berkongsi idea dan pandangan.
Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membentangkan perancangan dan pelaksanaan yang telah dirancang sebelum ini. Selain itu, mesyuarat juga bertujuan untuk mendapatkan idea pembaharuan serta nasihat daripada ahli mesyuarat yang hadir. Dalam suasana kolaboratif yang mesra, setiap ahli mesyuarat diberi peluang untuk menyumbangkan pandangan mereka bagi meningkatkan program-program yang telah dirancang untuk belia-belia Kuala Lumpur.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah program kembara yang akan diadakan pada 12 mei 2024, aktiviti jumpa orang muda, serta langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan belia dalam pelbagai inisiatif. Diharapkan hasil daripada mesyuarat ini dapat memberi bentuk yang lebih mantap kepada program-program yang akan dilaksanakan bagi membantu mencorakkan masa depan yang lebih cerah bagi belia-belia Kuala Lumpur.