- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 61
MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA): PROGRAM MENYANTUNI WARGA EMAS PERINGKAT KAWASAN BATU 2024
Taman Wahyu, 27 Julai 2024 - Telah dilaksanakan Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria): Program Menyantuni Warga Emas Peringkat Kawasan Batu tahun 2024 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Batu, Taman Wahyu dengan penyertaan seramai 80 orang SATRIA.
Antara pengisian aktiviti adalah pembersihan, penyerahan bakul makanan dan mengecat. Turut hadir YB Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran, Ahli Parlimen Kawasan Batu dan Encik Mohd Attamimi bin Farouk@Maarof, Pengurus DBKL Cawangan Batu bagi tujuan penyerahan bakul makanan kepada warga emas dan komuniti di PPR Taman Wahyu.
Terima kasih diucapkan kepada Kelab Silambam Batu, PAWE Batu, DBKL, MAIWP di atas sokongan dalam menjayakan program tersebut. Diharap agar semua peserta dapat memperolehi manfaat hasil penyertaan daripada program ini.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 61