- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 75
MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN DODGEBALL BELIA TERBUKA SELANGOR DAN WP KUALA LUMPUR 2024 'MAD PRIME YOUTH OPEN'
JLN KERINCHI, 25 Ogos 2024: Kejohanan Dodgeball Belia Terbuka Selangor dan WP Kuala Lumpur 'Mad Prime Youth Open' yang telah berlangsung pada 24 - 25 Ogos 2025 telah diakhiri dengan Majlis Penutup Kejohanan yang telah disempurnakan oleh Cik Magdelene Anak Manjah selaku Pemangku Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur yang diadakan pada 25 Ogos 2024 di KL Gateway Mall pada pukul 5.30 petang.
Kejohanan anjuran Persatuan Dodgeball Malaysia itu telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan kehadiran 240 orang peserta yang mengambil bahagian; anggaran seramai 400 orang termasuk ibu bapa dan pengunjung.
Tetamu Kehormat telah menyempurnakan Majlis Penutup dengan membuat penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi beberapa kategori yang telah dipertandingkan.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 75