- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 76
ATLET PARA MEMANAH MENERUSKAN CABARAN UNTUK MEREBUT 6 PINGAT DI PARA SUKMA XXI SARAWAK
26 Sept 2024, Petra Jaya- Debaran terus dirasai bagi ke semua atlet para memanah Kontinjen Para Sukma WP Kuala Lumpur yang akan bertanding pada pagi ini dalam meraih pingat yang akan dipertandingkan.
1 emas 5 gangsa akan menjadi rebutan kepada atlet para memanah WP Kuala Lumpur iaitu dalam acara compound women match, compound men match, compound mix team match, compound women open double team match & compound men open double team match.
Encik Sabran bin Abd Bahar, Chef De Mission (CDM ) turut hadir pada pagi ini bagi memberi kata-kata semangat dan perangsang agar atlet-atlet yang bertanding tidak mengalah dan terus mengorak langkah ke depan. Turut hadir bersama Encik Zulfadhli bin Abd Aziz(ACDM) dan Cik Magdelene anak Manjah Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.
Selamat berjuang kepada semua atlet yang bertanding 



- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 76