BUKIT BINTANG, 12 Oktober 2024 – LaLaport Bukit Bintang Shopping Centre menjadi lokasi Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kawasan Bukit Bintang Tahun 2024. Dengan bertemakan CERGAS BERSAMA, pelaksanaan program kali ini juga telah mendapat jalinan kerjasama daripada Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat DBKL Cawangan Bukit Bintang serta Pejabat Ahli Parlimen Kawasan Bukit Bintang. Beberapa agensi kerajaan turut menjayakan sambutan HSN 2024 kali ini.
Majlis Perasmian bagi HSN2024 Peringkat Kawasan Bukit Bintang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Beng Hong, Pengerusi Perwakilan Penduduk Zon Bukit Bintang mewakili Yang Berhormat Ahli Parlimen Bukit Bintang. Turut memeriahkan sambutan ini adalah Tuan Meor Rusydi bin Mohd. Razali, Pengurus Kawasan, Pejabat DBKL Cawangan Bukit Bintang dan Tuan Mohamed Suraimi bin Mohamed Salleh, Timbalan Pengarah Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu.
Beberapa aktiviti telah dilaksanakan melibatkan penyertaan pelbagai lapisan umur, jantina dan kaum dalam mengetengahkan konsep Malaysia Madani dan mencapai fokus sasaran penyertaan bagi tahun ini. Antara pengisian utama adalah Fun Walk, Fun Run, Aerodance, Program Pengenalan Sukan dan Mari Mencuba serta banyak lagi. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan Program HSN2024 Peringkat Kawasan Bukit Bintang kali ini.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 121