SUBANG JAYA, 26 OKT 2024: Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Belia Sri Pinang dan Kelab Sukan Bermotor Integrasi telah menganjurkan Program Sukan Bermotor Peringkat WP Kuala Lumpur 2024 (KLAS Go Kart) yang bertempat di Litar Speedway PLUS Subang Jaya.
Kehadiran penyertaan seramai 30 orang belia yang telah mengikuti program tersebut dalam menimba ilmu berkaitan sukan Go Kart di samping mempelajari teknik asas pengendalian Go Kart yang merupakan salah satu cabang dalam sukan bermotor di Malaysia.
YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah hadir merasmikan Majlis Perasmian Penutup seterusnya membuat penyampaian Sijil Penyertaan serta Penghargaan kepada para peserta dan individu yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Majulah Sukan Bermotor Untuk WP Kuala Lumpur; Demi Malaysia 



- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 132