- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 103
SESI DIALOG JABATAN BELIA DAN SUKAN WPKL BERSAMA YB TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH
16 November 2024, Pavilion Bukit Jalil - Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bersama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah mengadakan sesi dialog bersama YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh di San Francisso Coffee, Pavilion Bukit Jalil setelah selesai Majlis Perasmian Sukan Luncur Ais sempena Program Pengenalan Sukan dan Mari Mencuba Peringkat Kawasan Seputeh.
Jabatan yang diketuai oleh Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WPKL bersama Cik Magdelene anak Manjah, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan. Sesi dialog ini bertujuan membincangkan inisiatif dan program-program pembangunan belia, sukan dan rakan muda di kawasan Seputeh. Ianya berlangsung dalam suasana yang penuh harmoni dan produktif, dengan fokus utama kepada usaha untuk memperkukuhkan kerjasama dalam memajukan program-program untuk golongan belia di kawasan tersebut. YB. Teresa Kok turut menekankan kepentingan penglibatan belia dalam aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan bersedia memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif-inisiatif yang dirancang oleh Jabatan Belia dan Sukan WPKL.
Diharapkan hasil pertemuan ini akan memberi impak positif kepada pembangunan belia, sukan dan rakan muda di kawasan Seputeh seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara keseluruhannya.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 103