- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 76
JABATAN BELIA DAN SUKAN WP KUALA LUMPUR TURUT SERTAI PROGRAM CIDB RUN 2024
Padang Merbok, 1 Dec 2024 - Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur bersama pegawai daripada Bahagian Pembangunan Sukan turut serta dalam Program CIDB RUN 2024 di Padang Merbok dengan anggaran penyertaan seramai 2,700 orang.
Penyertaan ini sebagai tanda sokongan Jabatan terhadap pelaksanaan program di KL khususnya melibatkan pembangunan sukan dalam membudayakan sukan di kalangan masyarakat.
Pelepasan Larian bagi 3 KM dan 5 KM seawal 7.45 pagi itu turut menyaksikan semangat peserta yang tetap meneruskan larian walaupun hujan. Program ini merupakan anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KCIDBWPKL) bersam Persatuan Olahraga KL.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat YBhg. Puan Zainora Zainal, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, YBhg. Dato' Ts. Dr. Gerald Sundaraj, Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , YBhg. Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng, Chairman LSH, YBrs. Mr. William Chiang Wai Lam, Project Director BGMC, YBrs. Mr. Ee Kian Yiaw, Project Director BGMC, YDH Dato' Haji Ishak Haji Mohamed, Naib Presiden Eksekutif dan YBrs. Mr. Lawrence Lee Chee Choong, Pengurus Besar MRCB.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 76