- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 123
KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN MEMANAH TRADISIONAL KUALA LUMPUR (PMTKL) KEPADA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bukit Kiara, 6 November 2024 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Memanah Tradisional Kuala Lumpur di Bukit Kiara hari ini yang diketuai oleh Encik Azmanizam bin Aziz, Setiausaha PMTKL.
Persatuan Memanah Tradisional KL ini merupakan persatuan yang mendaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan bergiat aktif di dalam sukan memanah tradisional di peringkat Kelab, Persatuan, Kebangsaan dan Antarabangsa.
Hasil kunjungan hormat tersebut, persatuan membentangkan perancangan pelaksanaan program memanah tradisional bagi tahun 2025 di KL.
Hadir sama, Cik Magdelene anak Manjah, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan dan Puan Nur Diyana binti Mohd Azizi, Penolong Pegawai Unit Pembangunan Rekreasi.
Semoga jalinan kerjasama antara Jabatan dan Persatuan akan dapat memperkasakan pembangunan sukan memanah tradisonal di sekitar KL.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 123