- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 128
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2024
Bandar Baru Sentul, 6 Oktober - Telah berlangsung Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur di Pusat Komuniti Sentul Perdana.
Program Sukan Seni mempertahankan diri ini merupakan antara inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui JBSN khususnya untuk memperkasakan Sukan Seni mempertahankan diri terutamanya di peringkat akar umbi dan seterusnya dapat mencungkil bakat baharu di kalangan peserta.
Dianggarkan seramai 800 orang yang terdiri daripada peserta, ibu-bapa dan pengunjung telah hadir ke program ini yang akan dilaksanakan selama 1 hari.
Terima kasih kepada Persatuan Wushu Putrajaya selaku penganjur bersama dengan Jabatan di atas kerja keras dan kerjasama dalam menjayakan penganjuran program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada Pejabat Ahli Parlimen Kawasan Batu di atas sokongan kepada Persatuan dan Jabatan dalam menjayakan program ini.
Dan selamat bertanding kepada semua peserta program 



- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 128