PETRA JAYA, 24 September 2024 - Chef De Mission (CDM) Para SUKMA XXI Sarawak bagi kontinjen Kuala Lumpur, Encik Sabran bin Abd Bahar telah membuat kunjungan ke venue Sukan Para Badminton, Dewan Persatuan Badminton bagi memberi suntikan semangat kepada atlet yang bertanding.
Pada kali ini seramai 7 orang atlet para badminton mewakili Kuala Lumpur dalam Kejohanan Sukan Para SUKMA XXI Sarawak yang telah pun berlangsung bermula 23 September 2024. Sebanyak 12 pingat akan dipertandingkan bagi Para Badminton dalam Temasya Para SUKMA XXI Sarawak kali ini.
Turut hadir ACDM KL, Encik Zulfadhli bin Abd Aziz dan barisan Sekretariat kontijen KL.
Selamat berjuang kepada semua atlet yang bertanding 



- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 98