Perlawanan pertama pembuka tirai Temasya Para SUKMA Sarawak XXI 2024 bagi Kontinjen Kuala Lumpur acara Pair Lelaki Lawn Bowls di Arena Serbaguna Petra Jaya, Kuching.
Turut hadir En Sabran bin Abd Bahar selaku CDM Kontinjen KL bagi memberi sokongan kepada atlet yang bertanding. Beliau berharap atlet Lawn Bowl dapat memberikan yang terbaik seterusnya meraih emas dalam acara ini.
Jangan lupa saksikan segmen darah muda di Bernama TV mlm ini pada 8.30 malam bersama tetamu istimewa En Sabran Bin Abd Bahar Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur merangkap CDM Kontinjen Para Sukma WP Kuala Lumpur 2026.
CHERAS, 19 September 2024: YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah hadir seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Penutup Kem Akhir Atlet dan Penyerahan Bendera Kontinjen Para SUKMA WP Kuala Lumpur 2024 yang telah diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras.
Pengumuman insentif buat atlet yang membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa telah mendapat tepukan gemuruh daripada semua hadirin yang berada di Dewan Kampo, IYC Cheras. Jabatan Wilayah Persekutuan juga bersetuju untuk memberikan insentif kepada jurulatih yang dapat membawa pulang pingat emas kepada Wilayah Persektuan Kuala Lumpur itu juga telah menggamitkan lagi suasana ketika ucapan perasmian beliau.
Majlis yang gilang-gemilang itu juga turut dihadiri oleh Tetamu Kehormat di antaranya YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Encik Sabran bin Abd. Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur; YH Dato’ Sri Megat D. Shahriman bin Dato’ Zaharudin, Presiden Persatuan Renang Para Malaysia; YBhg. Dato’ Hj Noorul Ariffin Abdul Majeed, Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan YBrs. Encik Khairul Rizam bin Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
Para SUKMA 2024 akan berlangsung di Kuching, Sarawak bermula pada 22 hingga 28 September 2024 dan semoga sokongan daripada Jabatan Wilayah Persekutuan dalam memberikan insentif kemenangan kepada bakal pemenang nanti akan menjadi pemangkin semangat buat semua atlet untuk bertanding dengan semangat kesukanan yang jitu seterusnya membanggakan negeri Wilayah Persektuan Kuala Lumpur.
SUNGEI WANG, 19 Sept 2024: Satu Sesi Lawatan Tapak Penganjuran Pertandingan Aerobik Dance Peringkat WP Kuala Lumpur 2024 telah diadakan di Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur.
Lawatan telah diketuai oleh Puan Yap Yee Vonne, Setiausaha Politik di Pejabat Menteri Belia dan Sukan, Cik Magdelene Anak Manjah, Pemangku Timbalan Belia Sukan di Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur serta Puan Melyani Fitria binti Indra, Penolong Pegawai Pem. Kecergasan Nasional JBSWPKL.
Program yang bakal dihadiri dan dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan itu dirancang akan dilaksanakan pada bulan Oktober yang akan melibatkan pertandingan bagi Kategori Dewasa (18 Tahun ke atas) dan Kategori Remaja (17 Tahun ke bawah).
Nantikan info serta maklumat lanjut berkaitan program ini dalam masa terdekat dan diharapkan program akan berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan penyertaan yang ramai daripada warga belia setempat.
PUTRAJAYA, 11 September 2024 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Sabran bin Abd Bahar bersama pegawai-pegawai telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB. Dr Zaliha binti Mustafa di Menara Wilayah Putrajaya.
Pertemuan hampir sejam itu telah memberikan ruang kepada pihak Jabatan dalam berkongsi maklumat dan usaha-usaha dalam pelaksanaan program Belia, Sukan dan Rakan Muda di Peringkat JBSWPKL.
Kunjungan hormat ini juga menjadi platform Jabatan untuk membentangkan persiapan kontijen KL dalam Kejohanan Para SUKMA XXI 2024 yang akan berlangsung pada 23 hingga 28 September di Negeri Sarawak.
Turut bersama, Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Belia, Puan Nor Safinah binti Haya, Timbalan Pengarah Rakan Muda, Cik Magdelene Manjah, Pemangku Timbalan Pengarah Sukan dan juga Pegawai Sekretariat Para SUKMA XXI Kuala Lumpur bagi tahun 2024
10 September 2024 - Satu perjumpaan di antara Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia telah diadakan pada hari ini. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bagi membincangkan ruang dan peluang kolaborasi antara kedua-dua agensi dalam program yang akan dilaksanakan nanti. Pelbagai bidang kerjasama terutama berkaitan dengan pembangunan belia di dalam sektor kemahiran turut dibincangkan di dalam perjumpaan ini.
Perjumpaan ini telah dihadiri oleh En Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama pengurusan tertinggi Jabatan. Manakala pihak PTPK pula diketuai oleh Encik Ismarizal bin Ismayatim selaku Pengurus Pentadbiran PTPK bersama pegawai-pegawai PTPK.
Semoga dengan perjumpaan dan perbincangan ini akan memberi banyak peluang kepada kerjasama antara kedua-dua agensi dalam memastikan pembangunan belia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lebih mampan dan berdaya maju terutama dalam bidang kemahiran.
11 September 2024: Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Genta Belia: Seminar Kos Sara Hidup Zon Tengah Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Encik Sabran bin Abd Bahar.
Program Genta Belia: Seminar Kos Sara Hidup Zon Tengah Tahun 2024 akan dilaksanakan pada 3 Oktober 2024 bertempat di Residensi UTMKL dengan sasaran peserta belia seramai 200 orang melibatkan WP Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.
Mesyuarat ini telah membincangkan kerjasama strategik bersama jabatan dan agensi yang terdiri daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan (KPKT), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Akademi Dalam Industri, Perbadanan Produktiviti Malaysia, Bank Islam Malaysia Berhad, Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia & AFK Asia Sdn Bhd.
Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif program iaitu memberi kefahaman kepada belia berkenaan cabaran kos sara hidup dan kaedah menaanganinya, memberi pendedahan kepada belia untuk mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kos sara hidup, dan mengalakkan penyertaan belia dalam inisiatif kerajaan dan bukan kerajaan dalam menangani cabaran kos sara hidup.
15 Sept 2024, Tasik Permaisuri - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh bekerjasama dengan Hindu Youth Organisation (HYO) Seputeh telah mengadakan Program Rakan Bumi @ Plogging Komuniti Siri I di sekitar Taman Tasik Permaisuri hari ini.
Seramai 45 orang peserta telah terlibat dalam aktiviti berjalan sambil mengutip sampah dan objektif utama program ini tercapai dengan pengumpulan sampah dari peserta. Program seperti ini patut diteruskan dan diterapkan dikalangan belia-belia pada hari ini supaya tidak alpa dalam usaha memulihkan ekosistem di negara ini bagi memastikan ia sentiasa stabil dan kondusif untuk kehidupan manusia.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HYO Seputeh kerana telah bersama-sama dalam melaksanakan Program Rakan Bumi @Plogging Komuniti Seputeh Siri I/2024.
15 Sept 2024, Kg Muhibbah - Penduduk PPR Kg Muhibbah hari ini menerima kunjungan dari Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur ke Program Senamrobik Komuniti @ PPR.
Aktiviti senamrobik tetap dijalankan oleh instruktur Natrah dengan menggunakan pergerakan senaman secara sederhana memandangkan hujan tidak berhenti di Dataran PPR Kg Muhibbah.
Encik Sabran bin Abd Bahar turut meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk yang hadir pada aktiviti senamrobik komuniti tersebut. Beliau berharap agar ramai lagi penduduk PPR Kg Muhibbah akan turun untuk bersama dalam aktiviti menyihatkan badan ini.
Turut hadir bersama beliau Cik Magdelene Anak Manjah, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah Sukan kerana sudi hadir melapangkan masa ke PPR Kg Muhibbah.