- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 74
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM LARIAN PERSAHABATAN MALAYSIA - CHINA FRIENDSHIP RUN 2024
BUKIT KIARA, 5 Sept 2024 : Satu Mesyuarat Penyelarasan berkaitan Program Larian Persahabatan Malaysia - China Friendship Run 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kiara Utama, Jabatan Belia dan Sukan WPKL.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Sabran bin Abd. Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur tersebut telah dihadiri oleh wakil daripada Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Persatuan Persahabatan Malaysia - China, Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta wakil pegawai-pegawai Sukan di Bahagian Pembangunan Sukan, JBSWPKL.
Mesyuarat bertujuan untuk membuat penyelarasan awal berkaitan gerak kerja pelaksanaan program larian yang bakal diadakan pada 24 November 2024 bertempat di Dataran DBKL. Selain itu, cadangan berkaitan Sesi 'Press Conference' juga telah diatur agar perjalanan program mengikut tentatif aturcara yang ditetapkan.
Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan baik, serta semua pihak yang terlibat dapat memberi kerjasama yang jitu sehingga tarikh pelaksanaan program tersebut itu nanti.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 74